Jabatan Imigresen akan memperkenalkan peranti yang akan membolehkan orang ramai menyemak status kawalan imigresen masing-masing di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang bulan depan.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata peranti tersebut boleh digunakan para penumpang secara sukarela sebelum turun ke kaunter imigresen di KLIA.
Sebelum ini, rakyat Malaysia boleh menyemak secara dalam talian status kawalan imigresen mereka di portal rasmi Jabatan Imigresen iaitu http://sspi2.imi.gov.my sebelum mereka berangkat ke luar negara.
"Peranti itu bertujuan mengurangkan kesesakan di kaunter imigresen yang disebabkan pelbagai faktor seperti sekatan akibat kegagalan segelintir penumpang membayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Jika penumpang menghadapi masalah dengan agensi seperti LHDN, mereka boleh menguruskan isu tersebut dengan pegawai lembaga itu sebelum berlepas ke luar negara," katanya kepada Bernama ketika ditemui sebelum program Ruang Bicara siaran Bernama News Channel di sini, malam tadi.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan membuka kaunter pemudah cara bagi menyelesaikan isu sekatan ke luar negara di lapangan terbang kendaliannya.
Menurut Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali, usaha itu melibatkan kerjasama Jabatan Imigresen, LHDN dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta agensi berkaitan.
Menyentuh hal lain, Mustafar berkata sistem pagar automatik di KLIA akan melalui proses penambahbaikan dengan teknik pengenalan retina yang sedang dalam perancangan Jabatan Imigresen.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2017
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata peranti tersebut boleh digunakan para penumpang secara sukarela sebelum turun ke kaunter imigresen di KLIA. - Gambar fail
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap
Menurut ketua pegawai eksekutif P2 Biotech, syarikat peneraju dalam inovasi teknologi pertanian, industri getah kini mampu dipacu secara lebih efisien menerusi kewujudan inovasi canggih yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah tradisional dan meningkatkan produktiviti petani.
Pilih undang-undang yang mendesak, mampu beri impak positif - Pakar
Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Redza Zakaria, berkata, kerajaan perlu bijak memilih dan menilai undang-undang yang memerlukan perhatian segera, dengan memberi keutamaan kepada akta yang mampu memberi impak positif dalam tempoh singkat.
RUU tahanan rumah dijangka dibentang akhir tahun ini - Menteri Dalam Negeri
Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan tahanan di rumah dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen penghujung tahun ini.
7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.
Trump kerah 1,500 tentera ke sempadan AS-Mexico
Presiden Donald Trump pada Rabu mengarahkan pergerakan 1,500 anggota tentera ke sempadan Amerika Syarikat-Mexico (AS-Mexico) selepas menandatangani perintah eksekutif baharu yang melarang kemasukan ap
Imigresen tahan 13 gadis pelayan, dua tukang masak asing
Sebanyak 13 gadis pelayan dan dua tukang masak lelaki asing ditahan dalam serbuan yang dijalankan di premis kafe hiburan di sekitar Batu Berendam di sini malam tadi.
KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
11 warga Korea Selatan ditahan di pusat hiburan tanpa lesen
Premis ini dipercayai menawarkan perkhidmatan pelayan wanita dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam.
Imigresen tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut
JIM menunggu laporan penuh EAIC berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada DISB.