KUALA LUMPUR: 'Perang' membendung pandemik COVID-19 semakin sengit dan kini lebih tertumpu di Lembah Klang berikutan kepadatan dan pergerakan penduduknya yang tinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Justeru, beliau berkata selain meningkatkan kadar vaksinasi, kawalan ketat juga dijalankan dalam tempoh dua minggu ini bagi membendung penularan virus itu di kawasan Lembah Klang.
"Dalam tempoh dua minggu ini bagi sektor yang dibuka, kita mahu lihat bagaimana untuk ketatkan kawalan. Dua minggu ini untuk beri masa supaya kita dapat kenal pasti kawasan terlibat, tingkatkan saringan serta kes kontak rapat dikesan dan seterusnya kurangkan jangkitan dalam komuniti kita.
"Kedua, pertingkatkan vaksinasi di Lembah Klang. Selangor masih jauh (ketinggalan) sebab penduduknya ramai jadi dari segi vaksinasi, memang banyak diberikan tetapi peratusan terima vaksin masih rendah. Kita dimaklumkan Selangor terima empat juta dos vaksin bulan ini," katanya selepas menjadi tetamu program 'The Nation' terbitan Bernama TV malam ini yang dihoskan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Ras Adiba Radzi.
Malaysia hari ini merekodkan 9,353 kes baharu COVID-19 dan Selangor mencatat jumlah tertinggi dengan 4,277 kes diikuti Kuala Lumpur (1,398 kes).
Dr Noor Hisham percaya virus COVID-19 boleh dikawal sekiranya kadar vaksinasi ditingkatkan dengan keutamaan diberikan kepada kawasan berisiko dan beberapa sektor yang dibenarkan operasi semasa Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara pada masa ini.
Beliau berkata dengan peningkatan keupayaan proses suntikan antara 300,000 dan 400,000 dos sehari, unjuran Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan 70 hingga 80 peratus populasi Malaysia divaksin dapat dicapai sekitar September atau awal Oktober depan.
Katanya kawalan jangkitan wabak itu juga boleh dilihat sekiranya Malaysia sudah mencapai jumlah 50 peratus penduduk menerima vaksin.
Dr Noor Hisham juga berkata petugas kesihatan dari negeri yang memasuki Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara akan ditempatkan di kawasan panas COVID-19 bagi membantu negeri yang memerlukan seperti Selangor dan Kuala Lumpur.
Mengakui petugas barisan hadapan sedang menghadapi lesu upaya setelah berjuang memerangi pandemik itu hampir dua tahun, beliau menasihati mereka agar terus cekal dalam menjadi 'wira negara' yang mempertahan Malaysia daripada ancaman wabak tersebut.
Beliau berkata petugas barisan hadapan tidak boleh berputus asa dalam memerangi wabak itu kerana Malaysia masih belum bebas daripada penyakit berjangkit tersebut.
"Ini peperangan berpanjangan dan ia memakan masa. Kita semua terkesan termasuk rakyat Malaysia dan petugas barisan hadapan. Petugas barisan hadapan merupakan barisan pertahanan yang terakhir. Ini peperangan yang sangat sengit sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 10 2021

Dr Noor Hisham berkata selain meningkatkan kadar vaksinasi, kawalan ketat juga dijalankan dalam tempoh dua minggu ini bagi membendung penularan virus itu di kawasan Lembah Klang. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Paris anjur mesyuarat mengenai Ukraine bersama negara Eropah Isnin ini
Pemimpin Eropah akan membincangkan rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menamatkan perang di Ukraine dalam satu mesyuarat di ibu negara Perancis pada Isnin.

Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.

Trump bincang dengan Putin akhiri perang di Ukraine
Ini merupakan perbualan rasmi pertama yang diakui secara terbuka antara pemimpin Rusia dan seorang presiden AS sejak awal 2022.

Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.

Hamas setuju bentuk jawatankuasa bersama Palestin tadbir Gaza selepas perang
Hamas berkata ia telah mengadakan perbincangan mendalam dengan kumpulan Fatah di Kaherah untuk membentuk jawatankuasa bagi mengurus Gaza.

Kerajaan Iran takutkan rakyatnya, bukan Israel - Netanyahu
Menurut Netanyahu, kerajaan Iran melaburkan banyak masa dan wang untuk memadamkan harapan rakyatnya dan menghalang impian mereka.

Naim Qassem ikrar teruskan perang dengan Israel
Jelas Naim, beliau akan meneruskan agenda yang ditetapkan pemimpin terdahulu, Hassan Nasrallah.

Netanyahu nafi sasar UNIFIL
Netanyahu menyatakan bahawa tentera Israel berusaha keras untuk mengelak anggota UNIFIL semasa menyerang pejuang Hezbollah.

China gesa hati-hati dalam ketegangan Iran-Israel
Wang Yi turut menggesa Israel memastikan keselamatan kakitangan pasukan interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).

Perluasan perang di Lubnan tangguh gencatan senjata, Ketua UNRWA beri amaran
Ratusan ribu orang, sebahagian besar daripada mereka wanita dan kanak-kanak, terpaksa melarikan diri untuk mencari keselamatan.