IPOH: Aktiviti ziarah kubur tidak dibenarkan di Perak sempena Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 20 Julai ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, laungan takbir dari rumah ke rumah juga tidak dibenarkan.
“Laungan takbir hanya dibenarkan di masjid dan surau, termasuk surau di kem tentera dan polis, bangunan pejabat, institusi, universiti, politeknik, maktab, sekolah, syarikat dan kilang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial sepucuk surat kepada pihak pengurusan masjid dan surau diri Jumaat di Perak yang ditandatangani Mohd Yusop mengenai perkara tersebut.
Sehubungan itu, Mohd Yusop memohon kerjasama pihak pengurusan masjid dan surau untuk membuat hebahan perkara tersebut kepada ahli kariah masing-masing.
BACA: Sultan Nazrin perkenan pelaksanaan ibadah korban dalam tempoh PKP dengan syarat
Pada 24 Jun lalu, Mohd Yusop berkata, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan pelaksanaan ibadah korban dan akikah sempena Aidiladha dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Antara SOP itu termasuk hanya boleh dilakukan di pusat sembelihan, pekarangan masjid atau surau serta premis yang dibenarkan Jabatan Perkidmatan Veterinar (JPV).
Pelaksanaan ibadah itu juga hanya dibenarkan di kawasan-kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilarang berbuat demikian.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jul 14 2021

Laungan takbir Aidiladha hanya dibenarkan di masjid dan surau, termasuk surau di kem tentera dan polis, bangunan pejabat, institusi, universiti, politeknik, maktab, sekolah, syarikat dan kilang. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

TPM Zahid ziarah kubur bekas Speaker Selangor Tan Sri Onn Ismail
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menziarahi kubur bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Tan Sri Onn Ismail, 84, yang meninggal dunia malam tadi.

Umat Islam P. Pinang mula ziarah kubur menjelang Aidilfitri
Sudah menjadi rutin untuk orang Islam menziarahi kubur insan tersayang menjelang atau ketika Aidilfitri.

Tradisi 'nyekar' menjelang Ramadan amalan umat Islam di Indonesia
Sudah menjadi kelaziman, seminggu sebelum ketibaan Ramadan, umat Islam akan beramai-ramai mengunjungi tanah-tanah perkuburan.

Ziarah kubur bukan musim perayaan dibenarkan - KP MKN
Aktiviti ziarah kubur dibenarkan dan ia mesti tertakluk kepada SOP am yang diterbitkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Lelaki dikompaun RM2,000 kerana ziarah kubur
Seorang lelaki dikenakan kompaun RM2,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menziarahi kubur sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Selasa.

Perak tidak benarkan aktiviti ziarah kubur sempena Aidiladha
Laungan takbir dari rumah ke rumah juga tidak dibenarkan.

Raikan Aidilfitri ikut kebiasaan baharu - Ismail Sabri
Kerjasama orang ramai dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menyambut 1 Syawal amat diperlukan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini.

Umat Islam di Selangor tidak dibenar ziarah kubur sepanjang sambutan Aidilfitri
Pihak yang menguruskan tanah perkuburan dan makam diraja di Selangor diminta membantu JAIS memastikan ketetapan itu dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat.

Hanya keluarga, waris terdekat dibenar iring jenazah ke kubur sepanjang PKP
Hanya keluarga dan waris terdekat sahaja dibenarkan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan Islam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi mengekang penularan COVID-19.

Ziarah kubur hanya perkara sunat, Abdul Hadi perli Dr Mahathir
Abdul Hadi berkata bekas perdana menteri itu sepatutnya mengutamakan perkara wajib terlebih dahulu memandangkan amalan menziarahi kubur hanya perkara sunat.