Kerajaan Perak akan sentiasa meningkatkan usaha menjaga dan memelihara Pulau Sembilan di Bagan Datuk daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, tegas Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Menurut Zambry, sebelum ini pihaknya telah mengambil langkah menutup pulau berkenaan bagi membendung kegiatan pencerobohan serta melindungi flora dan fauna di pulau berkenaan.
"Saya sendiri telah turun untuk melihat keadaan pulau itu dan titah tuanku (Sultan Perak) untuk memastikan agar Pulau Sembilan dijaga, akan kita pastikan.
"Ini ketegasan kita dan kita juga amat prihatin terhadap apa yang berlaku di Pulau Sembilan," katanya pada sidang media selepas istiadat perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.
Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dalam titah perasmian menegur sikap pengusaha pelancongan yang tidak menghormati peraturan dan kawalan ditetapkan pihak berkuasa sehingga menyebabkan Taman Negeri di Pulau Sembilan yang unik dan istimewa kini terjejas.
Exco Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi sebelum ini mengumumkan Pulau Sembilan ditutup kepada sebarang aktiviti pelancongan berkuat kuasa 1 April disebabkan berlaku kerosakan ekosistem.
Selain itu, Zambry berkata pihaknya juga mengambil perhatian titah Sultan Nazrin yang mahu keaslian Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar dilindungi dan dipertahankan sebagai satu warisan dengan mengekalkan saiz dan reka bentuknya.
"Langkah memulihara dan menjaga masjid itu akan diambil serta dipastikan tidak diganggu atau cuba diubah untuk tujuan pembesaran oleh mana-mana pihak," katanya.
Masjid Ubudiah disenaraikan di tempat keempat dalam kalangan lima masjid yang cantik lagi menakjubkan di dunia selain Masjid Abu al-Abbas al Mursi di Iskandariah, Mesir; Masjid Kul Sharif di Kazan, Rusia; Masjid Biru di Istanbul, Turki dan Masjid Sheikh Zahid di Emiriah Arab Bersatu.
Menurut Zambry, kerajaan negeri juga akan memastikan jabatan dan agensi kerajaan sentiasa cekap dan telus. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2017

Menurut Zambry, pihaknya telah mengambil langkah menutup pulau berkenaan bagi membendung kegiatan pencerobohan serta melindungi flora dan fauna di pulau berkenaan. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Sultan Nazrin solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Sultan Nazrin turut menziarahi pusara ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Makam Diraja masjid berkenaan.

Guna 1,500 pelita hasilkan panjut Masjid Ubudiah
Panjut dihasilkan 40 kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dalam tempoh seminggu.

Perdana Menteri berbuka puasa bersama warga Bera
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama sebahagian warga Bera di Masjid Ubudiah, Felda Purun.

200 jemaah hadir majlis bacaan Yasin ulang tahun keputeraan Sultan Perak
Majlis bacaan Yasin dan doa selamat itu merupakan acara tahunan sempena sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

COVID-19: Sultan Perak batal hasrat solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah, jamuan di Istana Iskandariah
Sultan Nazrin ingatkan rakyat agar fahami tahap keseriusan penularan wabak dan ambil tanggungjawab bantu putuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

Perak sentiasa tingkat usaha jaga Pulau Sembilan
Kerajaan Perak akan sentiasa meningkatkan usaha menjaga dan memelihara Pulau Sembilan di Bagan Datuk daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, tegas Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir.