IPOH: Negeri Perak merekodkan sebanyak 294 projek yang diluluskan untuk sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan dengan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM6.6 bilion, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Loh Sze Yee.
Loh berkata projek-projek tersebut dijangka dapat mewujudkan 7,682 peluang pekerjaan baharu.
"Daripada jumlah pelaburan yang diluluskan itu, sumber Pelaburan Langsung Domestik (DDI) mencatatkan RM4.32 bilion atau 65.5 peratus, manakala Pelaburan Langsung Aasing (FDI) sebanyak RM2.28 bilion atau 34.5 peratus," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Projek Naik Taraf Bangunan dan Pondok Kawalan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kawasan Perindustrian Bebas (FIZ) Jelapang di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Arham Abdul Rahman, Pengarah JKDM Perak Abdul Ghafar Mohamad dan Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin.
Loh berkata pelaksanaan projek di Perak mencatat kadar peratusan sihat iaitu 76 peratus atau sebanyak 227 projek yang telah terlaksana dengan pemantauan MIDA dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak, Invest Perak serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Menurut beliau MIDA juga dipertanggungjawabkan menyelaras peruntukan geran untuk Program Menaik Taraf Infrastruktur Asas bagi Kawasan Perindustrian Berintegrasi Sedia Ada (projek infra) sejak RMK-9 sehingga RMK-12.
"Jumlah itu termasuk Kumpulan Wang Amanah COVID-19 (KWC-19) dengan jumlah peruntukan geran sebanyak RM424.75 juta dan melibatkan 542 projek infra di seluruh negara.
"Bagi negeri Perak, peruntukan sejumlah RM31.49 juta telah diluluskan untuk 45 projek termasuk projek naik taraf bangunan dan pondok kawalan KDRM di Jelapang ini," katanya.
Sementara itu katanya, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima peruntukan geran daripada MIDA sebanyak RM540,172.00 bagi melaksanakan projek menaik taraf bangunan dan pondok kawalan kastam di FIZ, Jelapang.
Projek naik taraf tersebut membabitkan penyediaan kemudahan infrastruktur kepada pihak kastam selaku agensi pengawal aktiviti pengoperasian industri di kawasan FIZ, Jelapang.
Pelaksanaan projek yang siap sepenuhnya November tahun lalu itu memberi kemudahan dan keselesaan kepada pihak JKDM dan warga kota yang berurusan dengan pihak berkuasa tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Loh berkata projek-projek tersebut dijangka dapat mewujudkan 7,682 peluang pekerjaan baharu. -Gambar fail/Bernama
Pemilik bengkel dikenakan tindakan, gagal kemuka senarai harga baik pulih kenderaan
Tindakan itu adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan setelah kenderaan tersebut selesai dibaiki.
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Transformasi PMKS tahun ini buka tirai di Johor Bahru
Wartawan Astro AWANI, Nabilah Khaleeda berlintas langsung dari Johor Bahru untuk liputan Jiwa SME di mana ia adalah sebuah platform bagi memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui peluang perkongsian pengetahuan serta strategi, yang membuka tirainya pada Sabtu.
AWANI Pagi: Suhu politik hangat, apa nasib Sungai Bakap?
Pemerhatian dan analisis awal Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Awani Pagi 8.30 nanti, sempena PRK DUN Sungai Bakap Memilih hari ini.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
PRK Sungai Bakap: Cuaca baik membolehkan pengundi keluar awal
Cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap di sini keluar seawal mungkin.
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Kerajaan negeri teliti tangguh naik taraf menara condong tahun depan - Exco
Kerajaan negeri berkemungkinan menangguhkan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih ikon pelancongan Menara Condong Teluk Intan yang sepatutnya bermula tahun ini ke awal tahun depan.
COVID-19 tidak jejaskan Tahun Melawat Perak 2024
Loh yang melahirkan keyakinan itu berkata KKM telah melakukan pelbagai usaha bagi membendung wabak berkenaan daripada terus menular.
Perak sambut baik cadangan wujud galeri kenangan M. Daud Kilau di Bagan Datuk
Perak menyambut baik cadangan untuk membina galeri kenangan, khusus buat penyanyi legenda Allahyarham Datuk M. Daud Kilau di daerah Bagan Datuk.
Laluan penerbangan Ipoh-Langkawi digantung sementara
Laluan penerbangan Ipoh-Langkawi tidak ditamatkan, tetapi hanya digantung untuk sementara waktu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Loh Sze Yee.
Lebih 3,000 pengunjung meriahkan Pesta Budaya Nusantara@Ipoh
Ia juga merupakan platform terbaik bagi para penggiat seni kebudayaan mempromosi seni kebudayaan masing-masing.
Perak lihat potensi wujudkan laluan penerbangan Ipoh-Vietnam
Perbincangan ke arah itu perlu mengambil sedikit masa terutama bagi mendapat lampu hijau daripada pemain industri pelancongan di Vietnam.
Perak rekod 294 projek diluluskan pada 2022 dengan jumlah pelaburan RM6.6 bilion
Loh berkata projek-projek tersebut dijangka dapat mewujudkan 7,682 peluang pekerjaan baharu.
Gubal enakmen jamin keselamatan kawasan penginapan pelancongan
Enakmen itu bagaimanapun masih di peringkat perbincangan melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri.