IPOH: Perak memperkenalkan pakej Pelancongan Pemuliharaan di International Tourism Berlin 2023 (ITB 2023), pameran dagang pelancongan terbesar dunia, memberi peluang pelancong antarabangsa bercuti sambil membantu misi pemuliharaan biodiversiti hutan Royal Belum di Perak.
Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) Mohamed Shah Redza Hussein berkata melalui pakej ditawarkan Tourism Perak dengan kerjasama MATTA itu, pelancong dapat menyumbang terus kepada misi konservasi, terutama misi melindungi spesis terancam, Harimau Malaya.
"Usaha itu antara lain dibuat sebagai inisiatif mengumpul dana bagi membiayai program MENRAQ (bermaksud 'orang' dalam dialek Jahai), iaitu pasukan peronda perlindungan hidupan liar di Malaysia yang dianggotai 30 belia Orang Asli suku Jahai," katanya dalam satu kenyataan sempena lawatan ke ITB 2023 baru-baru ini.
Mohamed Shah Redza berkata dengan wujudnya MENRAQ sejak 2019, hasil inisiatif PTNP dan Persatuan Pelindung Harimau Malaysia (RIMAU) bermatlamat melindungi spesies terancam Harimau Malaya yang kini berdepan risiko kepupusan dengan meningkatkan rondaan di hutan Royal Belum dapat dipertingkat, selain diperluaskan dalam radar lebih besar.
Hasilnya, jumlah pencerobohan ke hutan itu berjaya dikawal dan ini dibuktikan menerusi jumlah jerat harimau yang turut menurun.
"Sebelum ini beratus jerat ditemui setiap tahun, jumlahnya mula menyusut sejak 2019, dan pada 2022, hanya empat ditemui, dengan hanya dua masih aktif, manakala bakinya adalah jerat lama. Ia selari matlamat kami mencapai impak ke arah matlamat sifar aktiviti pemburuan haram di hutan seluruh negara, khususnya di Royal Belum," katanya.
Sehubungan itu, masyarakat diunjur bersama-sama menyokong usaha pemerkasaan MENRAQ bagi membolehkan usaha perlindungan biodiversiti hutan Royal Belum yang menjadi kawasan rayau Harimau Malaya dan penyumbang sumber air kepada empat empangan hidro elektrik negara terus dilaksanakan.
Mohamed Shah Redza berkata operasi MENRAQ tidak dibiayai kerajaan, jutsteru dana yang mencukupi diperlukan bagi memastikan pasukan ini terus mapan serta mampu beroperasi secara sistematik dan berterusan, antaranya untuk pembayaran elaun.
Katanya langkah itu penting kerana sejak ditubuhkan, MENRAQ berjaya membantu pasukan renjer PTNP dalam membanteras aktiviti pemburuan haram di hutan Royal Belum yang berkeluasan 128,271 hektar di utara Perak.
"Sebagai satu-satunya suku asli yang tinggal di dalam hutan Royal Belum, belia Jahai yang menganggotai MENRAQ ini adalah kumpulan terbaik untuk misi perlindungan dan pemeliharaan biodiversiti kawasan tersebut.
"Selain mahir selok-belok di hutan hasil ilmu yang diperturunkan nenek moyang mereka generasi ke generasi, menerusi MENRAQ, mereka didedahkan dengan penggunaan alat moden seperti kamera jejak, telefon satelit dan penjejak GPS.
"Pada masa sama, mereka juga dilatih dengan protokol rondaan yang penting bagi tujuan keselamatan dan perlindungan, selain diajar teknik pengumpulan data lebih lancar menggunakan platform SMART (Spatial Monitoring and Reporting Tool)," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Nurmalis Musa berkata RM2 juta disasarkan dapat dicapai menerusi pemasaran pakej pelancongan konservasi yang ditawarkan di ITB, Berlin.
Beliau berkata konsep ditawarkan adalah cabang di bawah pelancongan bersifat dermawan yang sebahagian kos daripada pakej yang dibayar pelancong akan disalurkan bagi kebajikan masyarakat setempat.
"Bezanya dengan pakej ditawarkan Perak Tourism di ITB ini ialah kerana ia dikhususkan untuk pemerkasaan MENRAQ sebagai usaha perlindungan Harimau Malaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023
![Perak perkenal pelancongan pemuliharaan di Berlin bantu lindungi Harimau Malaya Perak perkenal pelancongan pemuliharaan di Berlin bantu lindungi Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41613547799_TBHarimauMalaya.jpg)
Melalui pakej ditawarkan Tourism Perak dengan kerjasama MATTA itu, pelancong dapat menyumbang terus kepada misi konservasi, terutama misi melindungi spesis terancam, Harimau Malaya. - Foto Najmuddin Mohd Faudzir
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699802315_BrendanGan.jpg)
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
![Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696946775_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
![Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643103806_DatukMohdAmarNik.jpg)
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
![Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641810213_HARIMAUMALAYA.jpg)
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
![Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625132489_harimau.jpg)
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
![Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637938782_DrAiniDrAdlykad.jpg)
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
!['Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya 'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71598682731_artistempatan.jpg)
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
![Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71595764268_harimau.jpg)
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
![Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19 Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81586237915_zoo.jpg)
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
![Harimau Malaya di New York positif COVID-19 Harimau Malaya di New York positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51586133865_Bronxzoo.jpg)
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.