KUALA KANGSAR : Perak menjadi negeri pertama yang melancarkan Pelan Tindakan Sekuriti Makanan sebagai antara usaha bagi mengurangkan kebergantungan kepada makanan import.
Majlis pra-pelancaran Pelan Tindakan Sekuriti Makanan Perak 2022 - 2030 telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad di Dewan Millenium, Lubok Merbau, dekat sini, hari ini.
Pelan tindakan itu merupakan inisiatif kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dengan kerjasama Institut Darul Ridzuan dalam usaha menggerakkan sekuriti makanan yang merupakan salah satu daripada enam agenda utama Perak Sejahtera 2030.
Saarani berkata, kerajaan negeri beriltizam untuk mempelopori sektor sekuriti makanan bagi mengurangkan kebergantungan kepada makanan import.
“Ini berdasarkan kelebihan dan potensi untuk menggembleng sumber sedia ada bagi memajukan sektor pertanian ke arah sekuriti makanan,” katanya.
Selain itu, ujarnya, kerajaan negeri turut menggariskan matlamat untuk menyediakan bekalan makanan yang berkualiti, selamat dan berkhasiat melalui pengeluaran hasil makanan yang stabil, berterusan dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim demi kesejahteraan rakyat negeri ini.
Menurutnya, melalui pelan tindakan itu, usaha-usaha akan memfokus dalam memperbanyak sumber dalaman dan mempelbagaikan sumber import; meningkatkan penglibatan swasta dan masyarakat dalam sistem rangkaian makanan; memastikan keberadaan makanan yang selamat dengan harga berpatutan dan gaya pemakanan sihat; dan memastikan kesiapsiagaan negeri dalam mengukuhkan jaminan sekuriti makanan.
Beliau berkata, terdapat enam fokus utama pelaksanaan pelan tindakan itu, termasuk mengoptimumkan sumber dan meningkatkan hasil, memperkasakan penggunaan teknologi, pengukuhan tadbir urus, pemerkasaan data dan penyelidikan, pengukuhan kerjasama strategik dan pelaburan.
Menurutnya, pemerkasaan ekonomi kitaran negeri Perak turut menyasarkan matlamat untuk menjadi hab sekuriti makanan terkemuka di Malaysia, dan di rantau Asia Tenggara di samping mempertingkatkan ekonomi negeri, selain menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Sep 04 2022
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (baris dua, tengah) bergambar bersama penerima geran bantuan pada majlis Perasmian Karnival Sekuriti Makanan dan Perak Sejahtera 2030 di Dewan Milienium Lubuk Merbau hari ini. - Foto BERNAMA
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
Kastam rampas 1.06 juta rokok seludup dalam kilang terbiar
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya merampas 1.06 juta batang rokok putih pelbagai jenama disyaki rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM808,562.
Mangsa banjir di Perak dan Pahang meningkat, Melaka dan Kedah berkurang
3,950 orang ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri setakat 4 petang ini.
Perak Tengah daerah terbaharu dilanda banjir di Perak
Seramai 33 penduduk dari perkampungan itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Kepayang.
Mangsa banjir di Kedah menurun, masih ramai di PPS kerana banjir termenung
Jumlah mangsa banjir di Kedah menunjukkan sedikit penurunan kepada 6,593 orang membabitkan 2,116 keluarga setakat jam 12 tengah hari Selasa berbanding 6,804 mangsa jam 11 pagi tadi.
Bekas Exco Perak, Azman Mahalan meninggal dunia
Bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Azman Mahalan meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Rapat Setia di sini pada Ahad.
Perak nafi lulus RM30 juta untuk pembangunan Kampung Baru Cina - Saarani
Kerajaan negeri Perak menafikan dakwaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembangunan Kampung Baru Cina di negeri ini.
Seorang maut, 4 cedera nahas babit 4 kenderaan di lebuh raya
Seorang wanita maut, seorang parah manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di kilometer 363.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini pagi tadi.
Kepala air: Lagi mangsa terperangkap diselamatkan
Operasi menyelamat itu mengambil masa 40 minit dan kesemua mangsa yang diselamatkan terdiri daripada tiga lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak.
NR-REE bakal menjadi sumber pendapatan utama negeri Perak – Saarani
Projek perintis pengeluaran NR-REE yang dimulakan di Hulu Perak telah memperoleh royalti sebanyak RM25.2 juta menjelang Disember 2023.
SUKMA 2024: Perak sambar tiga pingat emas silambam
Skuad silambam Perak membuka saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan langkah kanan apabila menyapu tiga daripada empat pingat emas ditawarkan di Hikmah Exchange Event Centre.