G Aswin membawa pulang pingat emas acara kuthu aarisai lelaki (tanpa senjata) selepas mendapat markah tertinggi 8.67 mata, mengatasi T Yoganath (8.13 mata) dari Wilayah Persekutuan untuk perak dan gangsa milik wakil Selangor, S Kahlisswaran (8.10pts).
Perak turut mendominasi acara wanita menerusi B Laashmita dalam acara thanithiramai (kemahiran individu) dengan mengutip 7.87 mata.
Atlet Negeri Sembilan L. Kavinarasi (7.57 mata) untuk Perak dan gangsa dimenangi wakil Terengganu S Keertika (7.37 mata).
Acara kuthu varisai wanita pula menyaksikan A Vidyasri memenangi pingat emas dengan 8.33 mata, meninggalkan M Iswari dari Terengganu yang mendapat 8.17 mata untuk perak manakala gangsa dimenangi M Harini (7.77) dari Selangor.
Perak terlepas satu lagi emas apabila H Sharvanish ketinggalan 0.3 mata di belakang pemenang pingat emas acara thanithiramai dari Selangor M Sarveeshaa (8.10 mata) manakala S Nivess dari Wilayah Persekutuan (8.03 mata) gangsa.
Presiden Persatuan Silamban Perak C. Marimutthu memuji disiplin dan prestasi pemain sebagai kunci kejayaan mereka.
"Semua perserta menunjukkan prestasi yang baik hari ini walaupun menghadapi saingan sengit daripada pencabar negeri lain dan kami hanya terlepas emas keempat hanya dengan sedikit mata kurang. Kami berharap untuk menang sekurang-kurangnya dua lagi pingat emas pada Khamis," katanya kepada Bernama.
Lapan pingat emas yang ditawarkan menerusi acara poruthal (tempur) iaitu masing-masing empat lelaki dan wanita serta berpasukan campuran berirama tanpa senjata dan bersenjata (melibatkan lima petarung daripada setiap pasukan) akan ditentukan pada hari terakhir pertandingan Khamis ini.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang hadir menyaksikan pertandingan hari ini berkata silambam dan kabaddi akan kekal dalam dipertandingkan pada SUKMA 2026 di Selangor.
"Kemasukan kedua-dua sukan tradisional India ini diputuskan oleh Jawatankuasa Tertinggi SUKMA pada 12 Jun 2023. Ini menunjukkan Kerajaan MADANI akan terus memberi keutamaan kepada sukan tradisi agar tidak lupus ditelan zaman.
"Penyertaan silambam dan kabbadi dalam SUKMA akan memberi peluang untuk mencungkil bakat dalam kalangan belia India agar mereka mempunyai peluang bertanding di arena antarabangsa seperti di Sukan Asia," katanya dalam kenyataan.
-- BERNAMA