IPOH: Kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan untuk mengeluarkan lesen khas kepada jurupandu geotapak terlatih di Perak.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, cadangan itu relevan dan sesuai untuk memastikan industri pelancongan di negeri ini berkembang maju.
Beliau turut mengakui setakat ini tiada sebarang lesen khusus untuk jurupandu geotapak.
"Kita akui ada kelompongan di situ. Jadi untuk permulaan, kita bercadang untuk mendaftarkan mereka sebagai jurupandu di bawah Perbadanan Taman Negeri terlebih dahulu.
"Tetapi kerajaan negeri akan melihat ke arah mendapat pengiktirafan tersebut sama ada melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) atau Kementerian Pelancongan," katanya.
Beliu berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Reskill dan Upskill Kursus Asas dan Lanjutan Jurupandu@Geoguide Geopark Lembah Kinta, di sini, pada Ahad.
Hadir sama, Pengarah Cawangan Penyelarasan Operasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Nizarul Ikram Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa.
Harapannya juga supaya perkara itu dapat difikirkan secara bersama, termasuk pembabitan kerajaan pusat.
"Kategori ini (jurupandu geotapak) tidak jatuh di antara mana-mana kategori jadi kita akan cadangkan kepada pihak Persekutuan untuk mewujudkan satu kategori khusus," katanya.
Terdahulu dalam program itu, beliau berkata seramai 50 peserta menyertai program anjuran Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan KeTSA dengan kerjasama Perbadanan Taman Negeri.
Katanya lagi, ia adalah kursus lanjutan pihak kerajaan negeri bersama JMG mengadakan kursus latihan asas jurupandu geotapak untuk Geopark Lembah Kinta yang diadakan sebelum ini.
"Kali ini program membabitkan re-skilling dan up-skilling yang dikendalikan Empire Putra College untuk mengasah semula bakat khususnya dalam melahirkan jurupandu Geopark Lembah Kinta," katanya.
Nolee Ashilin berkata, kursus kali ini turut merangkumi pelbagai aspek termasuk pembangunan promosi dan pakej pelancongan.
Aida Aziz
Mon Aug 15 2022
Nolee Ashilin (tengah) berkata cadangan itu relevan dan sesuai untuk memastikan industri pelancongan di negeri ini berkembang maju. -Astro AWANI
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Perjanjian gencatan senjata Gaza ditangguh
Kumpulan Palestin, Hamas berkata bahawa perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza ditangguhkan akibat syarat baharu yang ditetapkan oleh Israel.
Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi Khamis.
Tsunami 2004: Tragedi hitam yang diingati warga Pulau Pinang
Tarikh 26 Disember 2004 akan sentiasa menjadi ingatan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang apabila tsunami yang melanda negeri itu sehingga mengakibatkan jumlah korban yang ramai.
Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique - Wisma Putra
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sentiasa berhubung dengan 20 rakyat Malaysia di Mozambique dan memantau keadaan dengan teliti.
PRU15: Nolee Ashilin bertanding Parlimen Tanjung Malim?
Ketua Wanita PN Perak enggan mengesah atau menafikan desas-desus beliau akan diletakkan di Tanjung Malim.
Perak lebihi sasaran bina 50,000 rumah mampu milik menjelang 2025
Setakat ini, terdapat lebih 53,000 unit rumah dalam pelbagai peringkat akan, sedang dan telah dibina di Perak.
Sistem parkir tanpa tunai: Tangguh guna secara menyeluruh di Perak, kekangan di PBT
Maklum balas diterima daripada PBT menyebabkan penggunaan sepenuhnya sistem itu terpaksa dilanjutkan.
ATV jatuh tebing: Kaji aktiviti sukan lasak dikawal selia PBT - Exco Perak
Pihaknya telah mengadakan bengkel bagi mencari formula mengawal selia operator pelancongan yang terbabit aktiviti sukan lasak.
Ilham Seni@Kampar: Karya mural ceriakan dinding lorong belakang
Setiap karya di situ turut dilengkapi dengan imbasan kod quick response (QR), yang menceritakan makna di sebalik hasil seni itu.
Pemilik tanah sambut baik cadangan jadikan lokasi batu granit porfiritik sebagai geotapak
Maklum balas positif itu diperoleh setelah perjumpaan diadakan bersama pihak berkaitan dan pemilik tanah di lokasi terbabit.
Perakuan semula Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan
Perakuan semula itu dibuat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan bagi sesi 2021-2025 pada 20 Jun lalu.
Perak kaji kesesuaian lokasi batu granit porfiritik diangkat sebagai geotapak
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya bersabar dan tidak menularkan kawasan itu terlebih dahulu sebelum perbincangan diadakan.
Perak cadang wujudkan lesen khas jurupandu geotapak
Nolee Ashilin berkata cadangan itu relevan dan sesuai untuk memastikan industri pelancongan di negeri ini berkembang maju.
Keputusan akhir mural Amelia Earhart: Lembaga Muzium Perak jadi pakar rujukan
Ia merupakan jalan terakhir memandangkan wujud perbezaan pendapat mengenai fakta berkaitan.