IPOH: Perak sedang meneliti keperluan bagi operator pelancongan yang terbabit aktiviti sukan lasak dikawal selia oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) atau agensi berkaitan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, susulan insiden wanita parah selepas kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) dinaiki jatuh dari tebing di Baru Kurau, kelmarin.
"ATV antara aktiviti yang masih lagi belum mendaftar secara rasmi.
"Jadi kita sedang mengkaji untuk memastikan operator pelancongan yang terbabit dalam aktiviti sukan lasak boleh dikawal selia melalui PBT atau agensi sedia ada," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran Perak Box Office, di sini, semalam.
Dalam pada itu, beliau menambah, pihaknya telah pun melaksanakan bengkel yang bertujuan mencari formula dan jalan penyelesaian dengan persatuan berkaitan.
"Kami sudah menganjurkan bengkel beberapa kali dalam tempoh setahun ini dengan kerjasama pelbagai pihak persatuan, di mana kita mencari formula untuk bantu mengawal selia secara lebih teratur.
"Sebenarnya apa-apa sukan lasak akan mempunyai risiko agak tinggi. Kita sarankan kepada pengunjung untuk sentiasa berhati-hati dalam menyertai apa jua aktiviti lasak.
"Kepada pengusaha pula kita berharap mereka dapat meneruskan dengan prosedur dan proses keselamatan yang ditetapkan dengan memberi taklimat terlebih dahulu dan mengambil insurans bagi perlindungan semua jenis kemalangan," katanya lagi.
BACA: Wanita parah ATV terjatuh tebing 3 meter
Sabtu lalu, media melaporkan seorang wanita parah selepas ATV dinaikinya terjatuh dari tebing setinggi tiga meter ke kawasan berbatu di kawasan air terjun di Kampung Sempeneh Cempaka, Batu Kurau.
Pemandu dipercayai hilang kawalan menyebabkan ATV terjatuh dari tebing dan menghempap batu.
Mangsa yang berusia 23 tahun mengalami kecederaan di kepala dan mulut, manakala rakan wanitanya berusia 26 tahun, yang memandu kenderaan itu, tidak mengalami kecederaan.
Aida Aziz
Tue Oct 04 2022
Nolee Ashilin bercakap pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran Perak Box Office, di Ipoh, semalam. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Perjanjian gencatan senjata Gaza ditangguh
Kumpulan Palestin, Hamas berkata bahawa perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza ditangguhkan akibat syarat baharu yang ditetapkan oleh Israel.
Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi Khamis.
Tsunami 2004: Tragedi hitam yang diingati warga Pulau Pinang
Tarikh 26 Disember 2004 akan sentiasa menjadi ingatan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang apabila tsunami yang melanda negeri itu sehingga mengakibatkan jumlah korban yang ramai.
Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.
Pesta Paragliding Kuala Kubu Bharu sasar 6,000 pengunjung termasuk pelancong asing
MPHS menyasarkan 6,000 pengunjung termasuk pelancong asing akan hadir pada Pesta Paragliding Kuala Kubu Bharu dan Pertandingan Ketepatan Mendarat 2023 (Terbuka) yang akan berlangsung selama dua hari.
Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia 2023 teroka produk pelancongan Perak
Pengamal media dibawa menyertai Program Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Perak 2023 untuk meneroka produk-produk ekopelancongan di sekitar Taiping, Kuala Kangsar dan Kerian.
ATV jatuh tebing: Kaji aktiviti sukan lasak dikawal selia PBT - Exco Perak
Pihaknya telah mengadakan bengkel bagi mencari formula mengawal selia operator pelancongan yang terbabit aktiviti sukan lasak.