IPOH: Geopark Lembah Kinta telah diperakukan semula sebagai Geopark Kebangsaan bagi tempoh lima tahun, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
Menurutnya, perakuan semula itu dibuat pada 20 Jun lalu oleh Jawatankuasa Geopark Kebangsaan bagi sesi 2021-2025.
Beliau berkata, bukan mudah untuk mendapat kembali pengiktirafan tersebut dan antara cabaran utama ialah geopark itu sendiri terletak di dalam bandar raya Ipoh.
"Antara cabarannya ialah, kita mempunyai bandar raya dalam geopark itu sendiri. Kebanyakan geopark tidak ada bandar raya, kecuali pekan kecil dan sebagainya. Itu salah satu keunikan Geopark Lembah Kinta.
"Tetapi, itu juga bermaksud pembangunan perlu dirancang selari dengan usaha memastikan geopark yang telah kita iktiraf, dan akan diiktiraf kemudian juga, dipelihara dan dipulihara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Reskill dan Upskill Kursus Asas dan Lanjutan Jurupandu@Geoguide Geopark Lembah Kinta, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Cawangan Penyelarasan Operasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Nizarul Ikram Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa.
Tambah Nolee Ashilin, amat penting untuk mewujudkan satu pelan pengurusan geopark yang lebih menyeluruh.
"Saya difahamkan oleh Perbadanan Taman Negeri bahawa mereka masih lagi dalam proses menghasilkan satu pelan pengurusan konservasi.
"Ia bagi memastikan Geopark Lembah Kinta ini akan dapat mengekalkan tapak sedia ada, tetapi dalam masa sama, tidak mengekang aktiviti ekonomi yang dibenarkan," katanya lagi.
Aida Aziz
Mon Aug 15 2022
Nolee Ashilin (depan, dua, kanan) hadir bagi merasmikan majlis penutup Program Reskill dan Upskill Kursus Asas dan Lanjutan Jurupandu@Geoguide Geopark Lembah Kinta, di Ipoh, semalam. - Foto Astro AWANI
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Lipis diperakui sebagai Geopark Kebangsaan - MB
Daerah Lipis di Pahang kini telah diperakui sebagai Geopark Kebangsaan dan merupakan yang terbesar di negara buat masa ini.
Perlis diiktiraf Geopark Kebangsaan ke-10
Perlis berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan yang ke-10 dengan nama sebagai 'Perlis Geopark' selepas memenuhi skop untuk diperakukan Jawatankuasa Geopark Kebangsaan.
Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan
Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai "Kenyir Geopark".
Gombak-Hulu Langat, Stong Geopark diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan
Kawasan Gombak-Hulu Langat Geopark dan Stong Geopark diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan di bawah Program Pembangunan Geopark.
Perakuan semula Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan
Perakuan semula itu dibuat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan bagi sesi 2021-2025 pada 20 Jun lalu.
Pewartaan Taman Kinabalu sebagai Global Geopark dihantar ke UNESCO
UNESCO telah mengesahkan menerima dokumen itu dan kini TTS dalam proses menyiapkan jadual bagi memenuhi kriteria untuk proses penilaian itu.
Lenggong bakal diiktiraf Geopark Kebangsaan kedua Perak
Geopark Lenggong bakal diiktiraf sebagai tapak geologi Geopark Kebangsaan kedua di Perak pada Julai ini.
Malaysia dijangka punyai satu lagi Geopark Global di Lembah Lenggong
Sebagai permulaan, Lembah Lenggong dijangka dapat diistiharkan sebagai Geopark Kebangsaan dalam tahun ini.
Sultan Nazrin masyhur Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan memasyhurkan Geopark Lembah Kinta di sebagai Geopark Kebangsaan.