IPOH: Kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri untuk mempercepatkan proses pengambilan pekerja asing bagi sektor perniagaan barangan lusuh.
"Sejak 10 tahun lepas, kuota untuk pekerja asing dalam sektor barangan lusuh dibekukan. Jadi, mereka perlu mengecilkan perniagaan.
"Saya akan berjumpa menteri terlibat dan beri nafas baharu kepada peniaga-peniaga ini," kata Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak A. Sivanesan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program derma darah dan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ketujuh Persatuan Peniaga Barang Terpakai di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan negeri memberi kebenaran kepada pemegang lesen barang-barang lusuh sama ada sedia ada atau baharu untuk meneruskan perniagaan.
"Hal ini kerana terdapat aduan mengenai pembatalan pemberian kelulusan lesen barang-barang lusuh kepada peniaga sejak 10 tahun lepas.
"Kerajaan perlu benarkan mereka meneruskan perniagaan dan mengambil tindakan jika melanggari undang-undang dan bukan dengan membatalkan permohonan," katanya.
Beliau berkata setakat ini terdapat kira-kira 280 peniaga barangan lusuh yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di negeri ini namun tidak memperoleh lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana masalah pembatalan itu.
Beliau berkata pembatalan tersebut berlaku susulan makluman daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung pembelian barangan yang dicuri oleh peniaga pada 2013 dan pihak polis telah menasihati kerajaan negeri untuk membekukan lesen perniagaan yang dikeluarkan PBT.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023

Sivanesan berharap kerajaan negeri memberi kebenaran kepada pemegang lesen barang-barang lusuh sama ada sedia ada atau baharu untuk meneruskan perniagaan. - Gambar fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Perak bincang dengan KSM, KDN ambil pekerja asing sektor barangan lusuh
Kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri untuk percepatkan proses pengambilan pekerja asing bagi sektor perniagaan barangan lusuh.