MUAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjangkakan perairan Johor akan terus menjadi tumpuan kegiatan jenayah di laut terutama aktiviti rentas sempadan membabitkan kegiataan penyeludupan migran.
Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, ini susulan pembukaan banyak sektor ekonomi ketika ini seperti perdagangan, perkapalan, pertanian dan perladangan yang cukup pesat berbanding negeri lain.
"Situasi berkenaan membuka jalan kepada pihak tidak bertanggungjawab membawa masuk orang asing melalui jalan yang tidak sah.
"Faktor geografi Johor yang terlalu dekat dengan negara jiran iaitu hanya satu jam jika melalui jalan laut dan menjadi pintu sempadan ke negara ini, juga antara penyebab negeri ini jadi tumpuan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penutup Operasi Redback ke-16 iaitu kerjasama antara APMM dan Australian Border Force (ABF)di Sungai Sarang Buaya, Muar, dekat sini, hari ini yang turut dihadiri wakil ABF Supt John Fleming.
Justeru, Mohd Zubil berkata pihaknya akan menggerakkan 45 aset laut sekurang-kurangnya beroperasi setiap hari untuk mengawal sempadan tidak termasuk pesawat udara bagi mengekang jenayah rentas sempadan daripada terus meningkat.
Mengenai Operasi Redback 16, beliau berkata ia merupakan inisiatif kerjasama antara kedua-dua agensi tersebut dalam usaha mengekang, membanteras dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan melalui kawasan perairan sejak 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 21 2021
MOHD ZUBIL: Situasi berkenaan membuka jalan kepada pihak tidak bertanggungjawab membawa masuk orang asing melalui jalan yang tidak sah. - Bernama
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Haziq Ahmad Rashidi dengan memijak perut mangsa.
Suspek kes buli UPNM didakwa di bawah seksyen 323
Bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di lokasi Mahkamah Sesyen KL membawakan perkembangan tentang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan didakwa mengikut Sesyen 323 pada Jumaat.
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
RUU Pekerja Gig: Suara pekerja gig
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi mendapatkan pandangan pekerja gig terhadap permintaan pemain industri supaya pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguhkan.
Signifikan penangguhan RUU pekerja gig
Pemain industri gig, termasuk Mohd Dzulkarnean dari GoGet dan Rahman Hussin dari KiddoCare, meminta kerajaan menangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig pada Disember depan untuk memastikan kejayaan inisiatif ini dan menghasilkan RUU yang seimbang.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
Pelanggaran dua kapal berlaku di perairan Malaysia, bukan Singapura
Insiden perlanggaran dua kapal MT Hafnia Nile dengan MT Ceres 1 pada pagi Jumaat berlaku di kawasan perairan Malaysia dan bukannya Singapura.
Kapal berlanggar, terbakar: MT Ceres 1 gagal dikesan, nombor pendaftaran meragukan
Sebuah kapal yang terbabit dalam insiden pelanggaran dua buah kapal di kedudukan 25 batu nautika perairan Tanjung Balau pada Jumaat dipercayai 'hilang' apabila masih gagal dikesan pada Sabtu.
2 kapal dagang berlanggar dan terbakar, Maritim Malaysia aktifkan operasi SAR
Maritim Malaysia) menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) bagi insiden perlanggaran dua kapal iaitu MT HAFNIA NILE dengan MT CERES 1, hari ini.
Kapal kargo terbakar, 12 kru diselamatkan
Kebakaran berkenaan dilapor oleh Vessel Traffic Management System (VTMS) Pasir Gudang.
Aidilfitri: Polis Marin tingkat kawalan di perairan Johor Barat, Timur
PPM Wilayah Dua meningkatkan kawalan sempadan terutama di perairan Johor Barat dan Johor Timur bagi mengekang sebarang kegiatan jenayah rentas sempadan menjelang perayaan Aidilfitri.
Kapal tangki Panama ditahan, berlabuh tanpa kebenaran
Kapal tangki sepanjang 243 meter itu telah ditahan pada jam 1 petang semalam di kedudukan 11.6 batu nautika Timur Tanjung Balau.
Perairan laut Johor dijangka terus jadi tumpuan kegiatan jenayah - APMM
Ia susulan pembukaan banyak sektor ekonomi ketika ini seperti perdagangan, perkapalan, pertanian dan perladangan yang cukup pesat berbanding negeri lain.
Ikan, kerang dari perairan Johor selamat dimakan - Jabatan Perikanan Negeri
Ramai keliru dengan notis yang dikeluarkan pihaknya berhubung kemunculan Ledakan Alga Berbahaya (HAB) di perairan Selat Tebrau.
Sultan Johor mahu pihak berkuasa tingkatkan rondaan di laut
Tindakan berkenaan perlu kerana kegiatan tersebut akan memberi pelbagai kesan negatif kepada laut dan juga hidupan marin selain turut menjejaskan pendapatan golongan nelayan.
Proses warta santuari dugong kini di peringkat akhir
Pewartaan santuari dugong di kawasan perairan taman laut itu melibatkan kawasan berkeluasan sehingga 150,000 hektar mengikut cadangan yang diberikan MareCet.