PEPERIKSAAN University of London yang dijadualkan pada 9 Mei ini di enam pusat peperiksaan di enam negeri ditunda ke satu tarikh lain berikutan tarikhnya sama dengan hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata, calon peperiksaan yang terlibat dikehendaki menyemak Notis Kemasukan calon yang telah dikemas kini oleh University of London bagi memastikan jadual dan tarikh peperiksaan terkini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 28 April sebagai hari penamaan calon, pengundian awal pada 5 Mei dan 9 Mei sebagai hari mengundi bagi pilihan raya umum kali ini.

-- BERNAMA