Penyusutan pelaburan di Pulau Pinang tidak boleh dikaitkan dengan pentadbiran kerajaan Pusat kerana situasi itu turut berlaku di mana-mana negara.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P. Ramasamy berkata kenyataan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang mengaitkan situasi pelaburan negeri itu dengan peningkatan hutang negara adalah tidak wajar.
"Najib bukan seorang yang berhak cakap pasal ini lah (pelaburan Pulau Pinang). Dia tiada kredibiliti. Penyusutan (pelaburan) ada masa dia akan turun. Ini bukan terhad di Pulau Pinang sahaja, ini kebiasaan di dunia.
"Najib tidak akan memberi gambaran positif mengenai Pulau Pinang atau mana-mana negeri yang ditadbir Pakatan Harapan tetapi kita kembali kepada masa Najib menjadi perdana menteri yang terjadinya 'kelukaan' dalam sistem, mana perginya jutaan atau bilion ringgit?," katanya.
Ramasamy bercakap kepada kepada Bernama semasa majlis jamuan mesra bersama keluarga dan penduduk setempat di rumah keluarganya di Kampung Baru, Sitiawan di sini pada Sabtu.
Beliau mengulas kenyataan Najib yang menyebut pada ceramah anjuran MIC di Bandar Ekar Rantau, Negeri Sembilan, malam tadi mengenai pelaburan Pulau Pinang turun 50 peratus.
Ramasamy yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Perai berkata situasi pelaburan di Pulau Pinang masih dalam keadaan stabil dan pihaknya mahu memastikan segala pelaburan melibatkan industri teknikal yang canggih dan mengutamakan pekerja tempatan.
Sementara itu, mengulas mengenai kain rentang yang berbaur perkauman terhadap calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Ramasamy berkata perbuatan itu adalah keterlaluan dan bersifat ekstremis.
Katanya, biarpun perkara itu dinafikan pihak UMNO mahupun PAS, ia mungkin berpunca daripada organisasi yang menyokong mereka.
"Mereka kehilangan modal... sepatutnya jelaskan apa dasar pembangunan. Kamu boleh kritik PH teruk-teruk... adakah dasar PH beri faedah kepada rakyat atau tidak tetapi janganlah kutuk India kerana dia orang India atau sebaliknya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2019
P RAMASAMY: Najib tidak akan memberi gambaran positif mengenai Pulau Pinang atau mana-mana negeri yang ditadbir Pakatan Harapan.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Innovathon musim ke-2: 'Puncture Proof Self Healing Tyre' juara minggu keempat
Inovasi tersebut menghasilkan tayar motorsikal yang kalis pancit dan tidak bocor sekiranya tertusuk benda tajam seperti paku atau jalan berlubang.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.