Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang pernah menjadi tumpuan negara dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu, meninggal dunia pagi ini.
Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran PI Bala berusia 53 tahun.
Setakat ini, sebab kematian beliau masih belum disahkan, tetapi beliau dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.
“Ya, ayah telah meninggal dunia,” kata anak perempuannya ketika dihubungi Astro Awani.
Peguam PKR N. Surendran berkata PI Bala telah meninggal dunia semasa perjalanan ke hospital, dari rumahnya di Rawang.
PI Bala yang merupakan bekas pegawai cawangan khas mencetuskan kontroversi apabila beliau membuat dua akuan bersumpah (Statutory Declaration) yang bercanggah tentang pembunuhan Altantuya.
Beliau kemudian melarikan diri ke luar negara sebelum kembali ke Malaysia dari India bulan lepas.
Laporan media menyatakan PI Bala mengalami sakit dada semasa ceramahnya di Kelantan pada 1 Mac. Beliau dimasukkan ke hospital empat hari selepas itu.
PI Bala telah dijadualkan untuk menjalani pembedahan jantung untuk tiga arteri yang tersumbat pada 12 Mac lalu.
Teoh El Sen
Fri Mar 15 2013
![Penyiasat persendirian, PI Bala meninggal dunia Penyiasat persendirian, PI Bala meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/41363335713_295x200.jpg)
![Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721222006_SaraswathyKandasami.jpg)
Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy
Setiap bahan bacaan itu akan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan kandungannya bersesuaian untuk pelajar.
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
![Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721172424_tbGrandHyattErawan.jpg)
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
![Bintang 'Charmed', Shannen Doherty, meninggal dunia Bintang 'Charmed', Shannen Doherty, meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720965254_TBSHANNONDIES.jpg)
Bintang 'Charmed', Shannen Doherty, meninggal dunia
Pada 2017, Doherty memaklumkan gejala kansernya mula berkurangan namun pada 2019, kanser itu kembali.
![Muhammad Luth Syauqi mengalir air mata malam tadi - Ibu Muhammad Luth Syauqi mengalir air mata malam tadi - Ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720790911_LuthSyauqi.jpg)
Muhammad Luth Syauqi mengalir air mata malam tadi - Ibu
Mangsa kedua kejadian keropok beracun Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan yang menghembuskan nafas terakhirnya hari ini, mengalirkan air mata malam tadi.
![Keropok beracun: Luluh hati nenek, kehilangan dua cucu selang dua hari Keropok beracun: Luluh hati nenek, kehilangan dua cucu selang dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720781999_TBnenek.jpg)
Keropok beracun: Luluh hati nenek, kehilangan dua cucu selang dua hari
Nenek kepada pasangan dua beradik yang termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus, sedih selepas menerima perkhabaran Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia hari ini.
![Pemergian Tun Mohamed Dzaiddin kehilangan besar negara, Badan Kehakiman Pemergian Tun Mohamed Dzaiddin kehilangan besar negara, Badan Kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720775187_DzaiddinAbdullah.jpg)
Pemergian Tun Mohamed Dzaiddin kehilangan besar negara, Badan Kehakiman
Pemergian bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah merupakan satu kehilangan besar kepada negara terutama badan kehakiman dan perundangan, kata pengamal undang-undang.
![Tun Mohamed Dzaiddin meninggal dunia akibat komplikasi jantung - Anak Tun Mohamed Dzaiddin meninggal dunia akibat komplikasi jantung - Anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720768780_MohamedDzaiddin.jpg)
Tun Mohamed Dzaiddin meninggal dunia akibat komplikasi jantung - Anak
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah yang meninggal dunia pada usia 86 tahun malam tadi disebabkan komplikasi jantung.
![Pejuang seni, Raja Fuziah Raja Tun Uda meninggal dunia Pejuang seni, Raja Fuziah Raja Tun Uda meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720756908_Belasungkawa.jpg)
Pejuang seni, Raja Fuziah Raja Tun Uda meninggal dunia
Pejuang seni dan kraf negara, Raja Fuziah Raja Tun Uda menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun sekitar 8.30 malam tadi.
![Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720733846_TBMohamedDzaiddin.jpg)
Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin
Ketua Hakim Negara mewakili badan kehakiman Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamed Dzaiddin Abdullah.
![[BELASUNGKAWA] Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah peguam pertama jadi Ketua Hakim Negara [BELASUNGKAWA] Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah peguam pertama jadi Ketua Hakim Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720733126_DzaiddinAbdullah.jpg)
[BELASUNGKAWA] Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah peguam pertama jadi Ketua Hakim Negara
Allahyarham Mohamed Dzaiddin cukup disegani terutama apabila beliau menjadi peguam pertama dilantik Ketua Hakim Negara.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 Julai 2024.