PASIR MAS: Batalion Ke 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) yang menjalankan Op Benteng COVID di sempadan Malaysia-Thailand berjaya mengesan modus operandi terbaru penyeludup bahan api iaitu dengan menyalurkan terus petrol ke negara jiran menggunakan saluran paip.
Pegawai Pemerintah PGA9 Supt Nor Azizan Yusof berkata saluran paip getah sepanjang 300 meter itu disambung merentasi Sungai Golok melalui dasar sungai ke negara jiran.
Beliau berkata modus operandi penyeludup itu dikesan oleh sepasukan anggotanya yang membuat rondaan di Pangkalan Haram Kertas di Gual Tok Deh, Rantau Panjang, dekat sini, semalam.
"Anggota pasukan telah mengesan sebuah kenderaan yang dilihat dalam keadaan mencurigakan pada pukul 9 pagi yang memasuki pangkalan haram. Pegawai dan anggota yang membuat pemerhatian kemudiannya telah menyerbu kenderaan itu.
"Pemeriksaan di dalam kenderaan membawa kepada penemuan dua tong berwarna putih berisi petrol. Berhampiran kawasan itu juga dijumpai dua lagi tong berisi petrol dan enjin pam lengkap dengan paip getah menuju ke pembentong simen," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya pemeriksaan lanjut di dalam lubang pembentong itu pula menemukan satu lagi enjin pam dengan saluran paip dipasang menuju ke dasar sungai, terus ke tebing sungai di negara jiran, disyaki digunakan untuk kegiatan penyeludupan bahan api.
Nor Azizan berkata susulan kejadian itu pemandu kenderaan berusia 40-an ditahan untuk sial siasat di Balai Polis Rantau Panjang manakala semua barangan dan peralatan yang digunakan dalam kegiatan itu telah dirampas.
"Anggaran rampasan adalah RM15,522 termasuk kenderaan, petrol serta peralatan yang digunakan. Kesemua barang dan kes diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021

Modus operandi penyeludup itu dikesan oleh sepasukan anggotanya yang membuat rondaan di Pangkalan Haram Kertas di Gual Tok Deh, Rantau Panjang. - Foto fail/BERNAMA
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

PGA9 gagalkan cubaan seludup 150,000 rokok
Rampasan dilakukan selepas anggota yang menjalankan rondaan Op Taring Wawasan melihat sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan.

PGA9 rampas rokok seludup bernilai RM3.2 juta dalam rumah kedai
Kesemua rokok seludup ini dipercayai untuk pasaran dalam dan luar Kelantan.

Penyeludup salur petrol guna saluran paip dasar Sungai Golok ke negara jiran
Saluran paip getah sepanjang 300 meter itu disambung merentasi Sungai Golok melalui dasar sungai ke negara jiran.

Dua ditahan dalam cubaan seludup 11 lembu
Dalam kejadian jam 1.26 pagi itu, anggota PGA9 membuat rondaan di kawasan berkenaan dan menemui sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.

PGA9 rampas 110 kambing Boer seludup di Pasir Mas
Kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM295,000 termasuk sebuah lori bernilai RM130,000.

PGA rampas ikan hiasan, kura-kura albino di tepi Sungai Golok
Sepasukan anggota Strike Force PGA9 mengesan sebuah kereta jenis Nissan Latio dalam keadaan mencurigakan berdekatan pangkalan haram Hassan Merah, pada pukul 3.00 pagi.

PGA9 rampas cecair vape bernilai RM550,000 di Pasir Mas
Kumpulan penyeludup terpaksa berputih mata selepas cecair vape bernilai RM550,000 yang disembunyikan di dalam semak dirampas PGA.

PGA9 tahan wanita sorok dadah dalam pakaian dalam
Seorang wanita sanggup menyembunyikan sejumlah dadah jenis syabu dan pil Erimin 5 di dalam pakaian dalamnya semata-mata bagi mengelak dikesan polis.

Cubaan lelaki bawa pendatang haram warga Thailand ke KL gagal
Cubaan seorang lelaki warga tempatan membawa sembilan pendatang haram warga Thailand ke Kuala Lumpur menggunakan kenderaan mewah gagal apabila ditahan sepasukan anggota PGA9.