TAMPIN: Penyelia tapak didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan teman lelaki bekas isterinya minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Saiful Amiruurashid Md Azhar,29 membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran dan turut berdepan sembilan bulan penjara sekiranya gagal membayar denda terbabit.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh telah menakutkan secara jenayah terhadap seorang lelaki berusia 26 tahun dengan cara mengacu dan membaling sebatang cangkul ke arahnya.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 8 Mei lalu, jam lebih kurang jam 10.30 malam di hadapan sebuah rumah di Taman Pedas Indah di Rembau.
Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM2,500 dan sekiranya gagal bayar, dia berdepan hukuman penjara sembilan bulan.
Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didenda RM1,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut kerana dengan sengaja menyebabkan cedera kepada individu sama dengan cara menumbuk di bahagian telinga mangsa pada tarikh, masa dan tempat yang sama.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai setahun, atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya,jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Syuhada Mohd Isa.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pengadu menemani teman wanitanya iaitu bekas isteri tertuduh ke kediaman tertuduh untuk menghantar barang keperluan anak.
Sebaik tiba di lokasi, tertuduh tiba-tiba datang dan menumbuk kepala pengadu tanpa sebab sehingga menyebabkan kecederaan terhadap pengadu. Tertuduh turut mengacu dan membaling sebatang cangkul ke arah kereta pengadu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 13 2024
Penyelia tapak (dua, kanan) didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Tampin pada Isnin, selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan teman lelaki bekas isterinya minggu lalu.
Kerajaan peruntuk RM25 juta laksana inisiatif RKB pada 2025, sasar 500 projek
Kerajaan memperuntukkan RM25 juta sebagai komitmen pelaksanaan inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dengan sasaran pelaksanaan 500 projek pada tahun depan.
AWANI Global: Risiko perubahan iklim semakin mengherot
Sejauh mana Persidangan Perubahan Iklim COP29 serius mencari penyelesaian terhadap pelan tindakan iklim yang baharu? Ikuti diskusi dan analisis dalam Awani Global 9 malam ini.
Cukai taksiran tidak boleh dinaikkan secara mendadak - Nga
Proses penilaian semula cukai taksiran mesti mementingkan kebajikan rakyat dengan kadar cukai berkenaan tidak boleh dinaikkan secara mendadak kerana langkah itu boleh membebankan rakyat.
PM tiba di Korea Selatan, rakan dagang kelapan terbesar negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Seoul, Korea Selatan, untuk lawatan rasmi atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.
AWANI Ringkas: Presiden Persatuan Bolasepak Brunei dipecat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 24 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 November 2024
1️⃣ Dasar Kanak-Kanak Negara jamin suara kanak-kanak didengar
2️⃣ 20% pegawai, anggota bomba dibeku cuti
3️⃣ Presiden Persatuan Bolasepak Brunei dipecat
#awaniringkas
1️⃣ Dasar Kanak-Kanak Negara jamin suara kanak-kanak didengar
2️⃣ 20% pegawai, anggota bomba dibeku cuti
3️⃣ Presiden Persatuan Bolasepak Brunei dipecat
#awaniringkas
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
GV - 'Kembali menyengat', 14 peserta bawakan lagu hit pertama mereka
Pentas Gegar Vaganza musim ke-11 akan membuka tirainya malam ini.
Bertemakan kembali menyengat, 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
Bertemakan kembali menyengat, 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
[LAPORAN KHAS] Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan (Siri 2)
Bila anda nampak sarang lebah, apa perkara pertama bermain di fikiran anda?
Biasanya, pasti kita akan bakar, seterusnya menghapuskan sarang lebah itu. Bukan?
Tahukah anda, ada cara lebih baik untuk menanganinya?
Tak perlu bunuh, tapi selamatkan.
Ikuti siri akhir, laporan Ridauddin Daud, bercakap dengan lebah.
Biasanya, pasti kita akan bakar, seterusnya menghapuskan sarang lebah itu. Bukan?
Tahukah anda, ada cara lebih baik untuk menanganinya?
Tak perlu bunuh, tapi selamatkan.
Ikuti siri akhir, laporan Ridauddin Daud, bercakap dengan lebah.
Muzik Ahmad Nawab akan kekal selama-lamanya - Freddie Fernandez
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez menyifatkan Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab seorang pemurah dan sentiasa memberi panduan kepada penyanyi di bawah bimbingannya.
Pendakwaan kes palsu pasport Britain ditangguh
Pendakwaan terhadap seorang warga Syria yang terlibat dalam kes pemalsuan pasport Britain ditangguhkan kepada 5 Disember ini selepas lelaki berkenaan tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Doktor dituduh rakam punggung wanita
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021
Sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh Januari 2021 hingga September 2024.
Pengurus syarikat kawalan keselamatan didakwa palsu dokumen tuntutan 'overtime'
Seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas lima pertuduhan mengemukakan butir matan palsu bagi tuntutan jam bekerja.
11 lelaki Indonesia mengaku salah miliki 4,000 kg minyak masak
Sebelas lelaki warga Indonesia mengaku bersalah memiliki bahan kawalan berjadual iaitu minyak masak sebanyak 4,000 kilogram tanpa lesen sah.
Kontena hempap kereta: Pemandu treler tidak mengaku pandu bahaya, sebabkan kematian wanita
Seorang pemandu treler dituduh di atas pertuduhan memandu dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.
Kertas siasatan pelajar UPNM retak tulang dipijak senior dirujuk ke TPR
Kertas siasatan berkaitan kes buli seorang penuntut UPNM yang parah akibat dipijak penuntut senior akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Nahas pelajar UiTM: Pemandu wanita masih di Hospital Permai
Mahkamah Majistret diberitahu wanita yang didakwa atas tiga pertuduhan melanggar empat pelajar UiTM Dungun, Oktober lalu masih lagi berada di Hospital Permai.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Sebutan kes ahli keluarga penyerang 12 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapkan 12 Disember depan untuk pengurusan kes tiga ahli keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram.