IPOH: Penyelarasan baharu sistem prasekolah hanya akan melibatkan institusi di bawah seliaan kerajaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Wong bagaimanapun berkata perincian berhubung perkara berkenaan akan dimuktamadkan oleh jawatankuasa penyelarasan prasekolah dalam masa terdekat.
"Di pihak KPM (Kementerian Pendidikan), kami dalam proses untuk memuktamadkan secara terperinci segala prosedur terutama membabitkan aspek pembelajaran murid prasekolah.
"Daripada dapatan itu, kami akan keluarkan satu garis panduan yang perlu diikuti oleh prasekolah berdaftar dengan kerajaan sahaja tanpa melibatkan prasekolah swasta," katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Negeri Perak 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yuk Choy di sini, hari ini.
Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri pada 24 Jan lepas memutuskan agar sistem pendidikan prasekolah di seluruh negara diselaraskan semula supaya kualiti pendidikan awal kanak-kanak itu lebih terjamin dan menyeluruh.
Sementara itu, mengenai insiden seorang bapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menyerang guru di sebuah sekolah di Sabah, beliau berkata pihaknya menyerahkan siasatan dan tindakan lanjut kepada pihak polis.
Menurutnya kedua-dua pihak terlibat telah membuat laporan polis berhubung insiden yang tular di media sosial itu.
Pada 30 Jan lalu, media melaporkan seorang lelaki ditahan polis kerana mengugut guru susulan anaknya didakwa dipukul selepas didapati merokok di dalam tandas sekolah, sehari sebelum itu.
Penahanan lelaki berusia 49 tahun itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024
Wong berkata perincian berhubung perkara berkenaan akan dimuktamadkan oleh jawatankuasa penyelarasan prasekolah dalam masa terdekat. - Gambar fail/FB Wong Kah Woh
PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan
Perdana Menteri sampai sumbangan kepada Tan Men Heang yang hilang punca pendapatan untuk menyara kehidupannya bersama isteri.
Projek naik taraf 636 loji rawatan kumbahan berada pada tahap 98.5 peratus - SPAN
Status semasa kemajuan projek menaik taraf 636 Loji Rawatan Kumbahan (LRK) di seluruh negara berada pada tahap 98.5 peratus dengan 609 loji telah siap sepenuhnya dan 27 lagi dijangka siap pada Oktober
UMPSA guna HCI untuk jadi kampus pintar
HCI adalah produk digital yang menggabungkan storan, pengkomputeran, rangkaian dan pengurusan di bawah satu bumbung.
Aplikasi ChatGPT untuk MacOS simpan perbualan tanpa sebarang penyulitan
Mengikut semakan pembangun, OpenAI didapati menyimpan pelbagai data perbualan dan pertanyaan dalam teks biasa, tanpa sebarang penyulitan.
Bantuan kemanusiaan Arab Saudi di Gaza terjejas akibat penutupan Rafah
Makanan yang ada di dalam ratusan trak yang menunggu memasuki Gaza dan disimpan di gudang dijangka mendekati tempoh tamat.
Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia
Sheikh Al-Azhar hari ini menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Prof Said Bani individu pertama dari Malaysia raih anugerah ‘Communicator of The Year’ IABC Asia Pasifik
Bani catat sejarah pengamal komunikasi pertama Malaysia terima anugerah 'Communicator of The Year' IABC Asia Pasifik dalam kategori Senior Communication Professional.
Analisis pasaran saham separuh tahun kedua 2024
Apakah rumusan prestasi pasaran saham pada separuh tahun pertama 2024 dan apakah faktor-faktor yang akan menjadi perhatian pelabur dalam pasaran saham separuh tahun kedua 2024? Kupasan lanjut bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof.
63 PATI pelbagai warganegara di Perak dihantar pulang ke negara asal
Kesemua PATI itu terdiri daripada warganegara Indonesia, Pakistan, Vietnam, Bangladesh, India dan Indonesia.
Malaysia Digital (MD): Advancing Malaysia’s Digital Future
Explore the impact of the recent MD Open Day event and its key insights. Discover how it aligns with Malaysia’s growth strategy and benefits both businesses and the public. Join us for an exclusive live interview with Ts Mahadhir Aziz, CEO of MDEC, on Niaga AWANI.
Penyelarasan sistem baharu hanya libatkan prasekolah seliaan kerajaan - Wong
Penyelarasan baharu sistem prasekolah hanya akan melibatkan institusi di bawah seliaan kerajaan.