KUALA LUMPUR: Penyata pemberian khas interim Sabah sebanyak RM300 juta dijangka dibentang di Parlimen pada sidang kali ini seperti yang dilakukan tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata Kementerian Kewangan kini dalam proses melakukan prosedur yang sepatutnya.
"Sekiranya disebut tentang semakan pemberian khas, ia mestilah terkait dengan perkara 112D Perlembagaan Persekutuan yang syaratnya adalah mesti diwartakan melalui Perintah Undang-undang.
"Kalau tidak melibatkan pewartaan itu bukanlah kadar semakan khas dan pastinya saya yakin Kementerian Kewangan akan melakukan prosedur," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 mengumumkan kadar pemberian khas secara interim ditingkatkan pada kadar bermula RM300 juta dan berkuat kuasa serta-merta bagi 2023.
Sementara itu, Armizan berkata setakat ini belum ada persetujuan muktamad antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak berhubung formula semakan kadar pemberian khas setakat ini.
Beliau berkata kerajaan Sabah tetap dengan pendirian kadar perlu ditetapkan berdasarkan hak perlembagaan di bawah Perkara 112C (1) (a) dan Perkara 2(1) Bahagian IV, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan iaitu kadar 2/5 atau 40 peratus daripada hasil yang diperoleh oleh Persekutuan di Sabah.
"Pada masa sama, antara asas pendirian Kerajaan Persekutuan adalah semakan kadar perlu melihat peruntukan Perlembagaan Persekutuan secara keseluruhan termasuk Perkara 112C(1) yang menyatakan secara jelas kaitan antara Perkara 112C dan 112D.
Dalam perkembangan lain, Armizan berkata Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah serta Sarawak juga belum mencapai sebarang persetujuan muktamad berhubung kedudukan petroleum iaitu royalti minyak dan bayaran tunai petroleum, mineral minyak dan medan minyak, Akta Laut Wilayah (Akta 750) dan hak negeri ke atas pelantar benua.
Bagaimanapun, beliau berkata mulai 2020, kesemua pihak telah merintis usaha baharu untuk membolehkan Sabah dan Sarawak mempunyai 'greater say, greater participation dan greater revenue sharing' dalam penerokaan khazanah petroleum melalui perjanjian antara Kerajaan Negeri dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Menurutnya inisiatif penyelesaian secara komersial itu telah memberi ruang kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak untuk terlibat sama dalam pembangunan industri minyak dan gas bersama Petronas di kedua-dua negeri berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023

Armizan berkata Kementerian Kewangan kini dalam proses melakukan prosedur yang sepatutnya. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Penyata pemberian khas interim Sabah dijangka dibentang pada sidang kali ini - Armizan
Penyata pemberian khas interim Sabah sebanyak RM300 juta dijangka dibentang di Parlimen pada sidang kali ini seperti yang dilakukan tahun lepas.

Konflik Petronas dan Sarawak berakhir
Konflik di antara kerajaan negeri Sarawak dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menemui titik noktah selepas PETRONAS bersetuju membayar RM2 bilion kepada kerajaan negeri Sarawak.

MITC bakal tarik pelaburan RM500 juta syarikat multinasional
Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITC) bakal menarik pelaburan asing kira-kira RM500 juta menerusi syarikat multinasional usahasama MITC untuk melabur di negara ini dalam industri seperti miny

Petronas komited pastikan Sabah terus terima manfaat
Petronas kekal komited dalam memastikan Sabah serta rakyatnya mendapat manfaat secara langsung dan tidak langsung.

Kedah teliti cadangan bangunkan industri minyak dan gas di Kerpan
Kerajaan Kedah sedang meneliti cadangan pelabur yang berhasrat membangunkan industri minyak dan gas di kawasan Kerpan, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir.