Sebuah hospital swasta di ibu negara yang dikesan mengenakan caj RM11.20 sen bagi sekeping penutup hidung dan mulut tiga lapisan telah diarahkan menghantar laporan penjelasan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan segera.
Timbalan Menteri KPDNHEP Datuk Rosol Wahid berkata, pemeriksaan ke atas hospital swasta berkenaan sudah dilakukan susulan aduan pengguna yang diterima.
Harga topeng muka itu diletakkan terlalu tinggi berbanding harga maksimum yang ditetapkan pada RM1.50 sekeping.
Pengguna yang juga pesakit hospital itu mendakwa dikenakan caj RM201.60 bagi 18 keping penutup hidung dan mulut yang dipakai jururawat bagi merawatnya.
"Untuk tindakan kementerian, kita sedang siasat, tetapi sehingga hari ini kita tak dapat lagi laporan daripada hospital tersebut tentang kenapa dia naikkan harga.
"Kita nak dia tunjuk sebab kenapa dia naikkan harga tersebut dan kenapa dia cajkan kepada pesakit. Jadi, kita tengoklah apa yang dilaporkan itu, kemudian baru kita ambil tindakan," kata Rosol pada satu sidang media di sini hari ini.
BACA: KPDNHEP siasat hospital swasta kenakan harga penutup hidung dan mulut RM11.20 sekeping
Katanya, bagi kes berkenaan kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Pada Jumaat, KPDNHEP dalam satu kenyataan menyebut, sebuah hospital swasta di ibu negara telah diperiksa dan beberapa dokumen berkaitan transaksi termasuk penutup hidung dan mulut telah disita bagi tujuan siasatan.
Terdahulu, Rosol melakukan pemeriksaan dan tinjauan terhadap bekalan keperluan asas di sebuah pasar raya di sini dan Pasar Awam Sena.
Salim Aziz
Sun May 17 2020
![Penutup hidung dan mulut RM11.20 sekeping: KPDNHEP tunggu laporan hospital Penutup hidung dan mulut RM11.20 sekeping: KPDNHEP tunggu laporan hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41587102376_KPkespenipuan.jpg)
Harga maksimum yang ditetapkan KPDNHEP untuk penutup hidung dan mulut tiga lapisan ialah RM1.50 sekeping. - Gambar hiasan
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719037630_AnthonyLoke.jpg)
Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke
Kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.
![Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716025388_AzalinaOthman.jpg)
Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina
Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang diwujudkan untuk melindungi hak rakyat.
![Kenaikan cukai taksiran relevan - MPAJ Kenaikan cukai taksiran relevan - MPAJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715490537_tblogoMPAJ.jpg)
Kenaikan cukai taksiran relevan - MPAJ
Kenaikan cukai taksiran dilihat sangat wajar jika dibandingkan dengan tempoh kali terakhir MPAJ menyediakan Senarai Nilaian Baharu pada 1997.
![Polis siasat dakwaan pusat keagamaan di Nilai lakukan aktiviti mencurigakan Polis siasat dakwaan pusat keagamaan di Nilai lakukan aktiviti mencurigakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714396458_AhmadDzaffir.jpg)
Polis siasat dakwaan pusat keagamaan di Nilai lakukan aktiviti mencurigakan
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut Jumat lepas.
![Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711536365_TBfadhlinasidek.jpg)
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
![EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707823111_WhatsApp.jpg)
EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp
Selain itu, EAIC masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran sedia ada iaitu SPAPS di Portal EAIC, e-mel dan secara bersemuka.
![KPDN Melaka terima 390 pelbagai aduan kepenggunaan KPDN Melaka terima 390 pelbagai aduan kepenggunaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702744716_TBKPDN.jpg)
KPDN Melaka terima 390 pelbagai aduan kepenggunaan
Antara aduan diterima membabitkan transaksi dalam talian iaitu tidak menerima barang atau perkhidmatan serta barang atau perkhidmatan diterima tidak seperti ditawarkan termasuk pakej umrah.
![KKR terima 5,836 aduan menerusi aplikasi MYJalan, 1,203 diselesaikan - Nanta KKR terima 5,836 aduan menerusi aplikasi MYJalan, 1,203 diselesaikan - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702382417_AlexanderNantaLing.jpg)
KKR terima 5,836 aduan menerusi aplikasi MYJalan, 1,203 diselesaikan - Nanta
Kementerian Kerja Raya telah menyelesaikan sebanyak 1,203 aduan daripada keseluruhan 5,836 aduan yang diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat 6 Dis lepas.
![HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625758214_HospitalTengkuAmpu.jpg)
HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit
HTAR memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan.
![3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt 3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698753885_BangunanParlimen.jpg)
3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt
Sejumlah 3,750 aduan diterima melalui aplikasi MYJalan bagi tempoh 1 Ogos hingga semalam (30 Okt), antaranya berkaitan masalah jalan berlubang, kerosakan papan tanda dan perabot jalan.