MARAN: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka maut selepas terbabit dalam kemalangan di simpang hadapan Balora Mustika Bandar Jengka di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, kemalangan melibatkan motosikal Yamaha R250 dan kereta Nissan Sylphy.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam, mangsa, Ahmad Imran Aiman Md Mubin, 23, beralamat di Felda Lepar Utara 1 yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari UiTM Jengka menghala ke bandar Jengka.
"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah kereta telah keluar simpang di sebelah kanan secara melulu lalu dilanggar oleh motosikal mangsa yang sedang bergerak lurus.
Ujarnya, akibat kemalangan tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu wanita, 64, dan anaknya berusia 24 tahun mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Jengka, katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 24 2024
Dalam nahas yang berlaku di simpang hadapan Balora Mustika Bandar Jengka di Maran malam tadi, penuntut UiTM Jengka, Ahmad Imran Aiman Md Mubin maut di lokasi kejadian. - Foto PDRM
[TERKINI] Warga Gaza mula pulang ke kediaman melalui koridor Netzarim
Warga Gaza berpusu-pusu kembali ke kediaman masing-masing menerusi Koridor Netzarim susulan perjanjian gencatan senjata.
10 wakil peSAWAH serah memorandum kepada PMO
Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob dalam satu kenyataan berkata kenaikan harga itu penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesawah dan menjamin bekalan makanan negara.
COO syarikat konsesi mengaku tidak bersalah terima suapan RM 70,000
Ketua Pegawai Operasi sebuah konsesi lebuh raya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin kerana menerima dan meminta rasuah berjumlah RM70,000.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara yang dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli tembakan meriam 21 das daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.
AWANI Ringkas: Reformasi dalam UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kotak hitam pesawat Jeju Air berhenti merakam 2 km sebelum landasan - Laporan awal
Menurut laporan itu, kotak hitam berhenti merakam pada 8.58.50 pagi pada 29 Dis, empat minit dan tujuh saat sebelum pesawat itu melanggar "localiser" berhampiran landasan.
Buruh warga Bangladesh maut jatuh bangunan di tapak pembinaan
Kejadian berlaku sekitar jam 9.06 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya bergegas ke lokasi.
Pantau Belanjawan: Undang-undang lapuk dalam menghadapi cabaran global
Malaysia tidak boleh masih memiliki undang-undang lapuk bagi menangani banyak cabaran baharu yang muncul, terutamanya dalam mengharungi arus kemajuan pesat teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Redza Zakaria untuk membincangkan bagaimana sistem perundangan Malaysia bukan sahaja relevan tetapi juga mampu menyesuaikan diri dengan cabaran baharu, sekaligus melindungi kesejahteraan rakyat dan memperkukuh kedudukan negara di pentas global.
2,765 anggota polis Filipina bermasalah diambil tindakan pada 2024
Menurut Ketua Polis Nasional Filipina (PNP), Jeneral Rommel Francisco Marbil,daripada jumlah itu, seramai 1,112 anggota menerima hukuman penggantungan, termasuk seorang kolonel, 19 leftenan kolonel, 29 mejar, 30 kapten dan 22 leftenan.
Lebih 1000 migran jalan kaki teruskan perjalanan masuk AS
Lebih 1,000 imigran, termasuk beberapa orang warga Venezuela berjalan kaki dari bandar Tapachula di selatan Mexico menuju ke Amerika Syarikat.
Penuntut UiTM Jengka maut kemalangan
Ketua Polis Daerah Maran berkata, kemalangan melibatkan motosikal Yamaha R250 dan kereta Nissan Sylphy.
'Arwah sempat merangkak ke bilik saya untuk minta tolong' - Ayah
Mohd Rizaini Ghazali berkata kehilangan anak kedua daripada lima beradik itu amat mengejutkan kerana arwah tidak mempunyai sebarang penyakit.
Mahasiswa zahir rasa syukur diberi kelonggaran pulang ke kampung
"Alhamdulillah, dapat juga puasa dan raya bersama keluarga." Itu antara reaksi gembira mahasiswa yang berada di kampus selepas diumumkan mengumumkan kelonggaran kepada
Dua pelajar UiTM Jengka maut kemalangan
Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah UiTM Jengka menghala ke Temerloh.