Seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di Setiu, Selasa.


Cemas apabila hampir dihanyutkan arus deras

Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu.

Kelihatan Khairi bernasib baik apabila beliau sempat berpaut pada sebatang pokok besar di kawasan berhampiran dari terus dihanyutkan arus deras diselamatkan oleh penduduk kampung apabila usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal.


Mujur sempat berpaut pada dahan pokok

Detik-detik cemas ini sempat dirakamkan oleh Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmat yang secara kebetulan berada di tempat kejadian.



Penduduk kampung sempat menyelamatkan Khairi Said

Banjir yang melanda Terengganu sejak Ahad semakin bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat.