Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar objek besi di atas jalan raya berhampiran susur keluar Plaza Tol Jabor, di sini.
Nahas berlaku di kilometer 248.3 Lebuh Raya Pantai Timur 1 kira-kira jam 7.05 pagi Isnin.
Susulan kejadian itu, mangsa Mohammad Hanif Abu Bakar, 28 tahun maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketika kejadian, mangsa yang menungang motosikal jenis Honda EX5 sedang dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.
Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai terbabas selepas melanggar objek berkenaan menyebabkan mangsa terseret beberapa meter bersama motosikalnya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Astro Awani
Mon Jan 28 2019
Mangsa maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga calon SPM ditahan curi EX5
Mereka ditahan bersabit kesalahan mencuri motosikal yang berlaku di daerah Pasir Puteh, Kelantan dan Besut, Terengganu.
Pelajar maut dalam kemalangan babitkan dua motosikal
Akibat kemalangan, motosikal dinaiki pelajar itu merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan raya sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan.
Polis tahan geng curi motosikal 'Adam EX5' dan 'Haikal LC'
Kesemua yang ditahan berumur 15 hingga 22 tahun, dan empat daripada mereka merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah.
Polis kesan saksi kes penunggang maut digilis treler
Mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 hilang kawalan sejurus tiba di lokasi kejadian sekitar jam 8 pagi.
Geng remaja curi motosikal EX5 tumpas
Semua remaja lelaki berusia 13 hingga17 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di Melaka Tengah.
Lelaki ditahan bersama 22 biji durian Musang King
Lelaki berusia 42 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu ditahan atas kesalahan memasuki hutan simpan tanpa permit.
Pemandu mabuk rempuh penunggang motosikal ditahan
Suspek berusia 26 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Padang beberapa jam selepas kejadian.
Hasrat ziarah anak cucu tidak kesampaian
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim Supt Azhar Hashim, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam melibatkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5.
Terlanggar lembu melintas jalan, konstabel maut kemalangan
Mangsa, Mohamad Shahrul Izhar Ishak, 30 tahun, cedera parah di bahagian kepala serta maut dilokasi kejadian.
Penunggang motosikal maut digilis lori di Jambatan P. Pinang
Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal lain dan sebuah lori bermuatan bata di Jambatan Pulau Pinang mengahala ke George Town.