LABUAN:Seorang lelaki terbunuh selepas motosikal berkuasa tinggi Benelli yang ditunggangnya melanggar tayar dekorasi di tepi jalan dalam satu kemalangan di Jalan Sungai Miri/Sg Pagar di sini.
Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata kejadian berlaku semasa Fedelis Michaed, 22, dari Kuala Penyu, Sabah, sedang menunggang dari arah Kampus Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah menghala Kampung Layang-Layangan sekitar tengah malam tadi.
Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, motosikal itu dipercayai tergelincir sebelum melanggar tayar dekorasi di tepi jalan, yang mengakibatkan Fedelis terpelanting dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di bahagian kepala serta badannya.
Sementara itu di GEORGE TOWN, Pulau Pinang, polis menahan dua pemandu termasuk seorang pelajar kolej kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Ops Mabuk yang dijalankan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini awal pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata dua lelaki berusia 20 dan 29 tahun itu ditahan dalam operasi dari pukul 10 malam tadi hingga 5.00 pagi, dan kedua-dua mereka ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Katanya, dalam operasi itu polis turut menyita tiga motosikal kerana pelbagai kesalahan termasuk sebuah yang ditinggalkan ditepi jalan selepas penunggannya melarikan diri sebaik menyedari sekatan jalan raya dibuat di kawasan lebuhraya itu.
"Seramai 125 orang dengan 110 kenderaan diperiksa dalam operasi membabitkan 21 pegawai serta anggota polis, kami turut mengeluarkan 41 saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 03 2020

Motosikal itu dipercayai tergelincir sebelum melanggar tayar dekorasi di tepi jalan, yang mengakibatkan Fedelis terpelanting dan meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 11 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Kertas cadangan autonomi tambahan C4P dikemukakan kepada JPA pada Mei
Kementerian Kesihatan kini berada di peringkat akhir dalam penyediaan kertas cadangan bagi memberikan autonomi tambahan kepada Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (C4P).
AWANI Tonight 10 March 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Overseas-born children of M’sian mothers now eligible for citizenship
2. Retirement: Securing a better future beyond EPF dividends
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Overseas-born children of M’sian mothers now eligible for citizenship
2. Retirement: Securing a better future beyond EPF dividends
#AWANIEnglish #AWANINews

Sabah Maju Jaya: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
10 Berita Pilihan - (10 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lapan syarikat akan fail rayuan berhubung penalti RM92.8 juta
Ia berhubung penalti berjumlah RM92.8 juta yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan atas dakwaan terbabit dalam kartel tipuan bida tender terbuka.

Seorang lagi mangsa kemalangan babitkan Honda Jazz meninggal dunia
Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Senawang 1 Khamis lalu disahkan meninggal dunia pada Isnin.

Pengawal keselamatan dilanggar kereta ketika leraikan pergaduhan
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
Consider This: Congestion Pricing (Part 2) — What Will Make Traffic Finally Move?
Kuala Lumpur’s worsening traffic congestion is costing Malaysia RM20 billion annually, according to a 2020 Prasarana study. Now, the government is considering a congestion charge—a fee imposed on vehicles using certain roads at peak hours—it’s expected to reduce traffic by an estimated 20%. But will it work? How will it be implemented? And will it place an unfair burden on road users? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Associate Professor Dr Law Teik Hua, Head of the Road Safety Research Centre under Universiti Putra Malaysia.

Polis gagalkan cubaan seludup karkas babi
Polis mematahkan cubaan menyeludup masuk keratan karkas babi disyaki dari negara jiran selepas menahan seorang pemandu lori di Taman Industri Jaya, Skudai pada Jumaat lepas.

Dua penunggang maut, Y15ZR hilang kawalan
Seorang penunggang maut selepas motosikal yang ditunggang hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Pintasan Kuantan pada awal pagi Sabtu.

Penunggang maut motosikal terbabas di LPT1
Dalam kemalangan kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa, Ahmad Emir Danial Ahmad Hamdan, 22, dari Kapar, Selangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut, motosikal rempuh lori sehingga terbakar
Kemalangan kira-kira jam 12.00 tengah hari mengakibatkan mangsa Zoraimi Izan, 48, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Penunggang maut selepas terpelanting dari motosikal dalam kemalangan
Seorang lelaki terbunuh selepas motosikal berkuasa tinggi Benelli yang ditunggangnya melanggar tayar dekorasi di tepi jalan dalam satu kemalangan di Jalan Sungai Miri/Sg Pagar.