IPOH: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya dipercayai dirempuh sebuah lori di Kilometer 281, Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, dekat sini, awal pagi tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Mazaitul Hafiszan Ma’an, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 4.31 pagi.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan, sebuah lori dipercayai telah melanggar bahagian belakang sebuah motosikal jenis Yamaha LC,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu lagi, akibat kemalangan tersebut, mangsa dikatakan tercampak di tengah jalan, lalu dipercayai digilis oleh lori yang sama.
Bagaimanapun, katanya, lori yang dipercayai terlibat tidak lagi berada di lokasi apabila jentera bomba tiba.
Menurutnya, anggota bomba kemudiannya membersihkan lokasi kejadian sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, R. Mathavan tamat kira-kira jam 6 pagi.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Apr 11 2022

Mangsa maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah lori di Kilometer 281, Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan awal pagi tadi. -Foto JBPM

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Penunggang maut motosikal dirempuh lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang dikenali sebagai Mazaitul Hafiszan Maan, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

Lelaki maut dirempuh lori
Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC bekerja sebagai pemandu di pusat pengajian itu dari arah Sepang menghala ke Nilai.