PASIR GUDANG: Penumpang Terminal Feri Pasir Gudang di Pelabuhan Johor di sini ke Batam, Indonesia, menarik nafas lega dan gembira apabila operasinya disambung semula pada Ahad.
Fati Jamal, 51, yang berasal dari Batu Agi, Batam, bersyukur kerana operasi di terminal feri berkenaan diteruskan selepas lebih 20 tahun menggunakan perkhidmatan tersebut.
"Saya menggunakan perkhidmatan di terminal feri ini dua kali sebulan untuk melihat dua anak berusia 21 dan 26 tahun di Batam.
"Walaupun ada terminal feri lain di daerah ini seperti di Terminal Feri Stulang Laut, Johor Bahru dan Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour, Iskandar Puteri, saya lebih suka dan serasi di Terminal Feri Pasir Gudang.
"Ini kerana saya yang tinggal di Ulu Tiram, Johor Bahru bersama suami yang merupakan rakyat tempatan merasakan perjalanan ke sini kurang sesak, tidak terlalu ramai penumpang dan amat mudah," katanya ditemui pemberita di Terminal Feri Pasir Gudang, pada Ahad.
Terdahulu, Konsul Jenderal Republik Indonesia di Johor Bahru, Sigit S Widiyanto melakukan lawatan di terminal berkenaan dengan diiringi Pengurus Besar Pasir Gudang Passenger Terminal Sdn Bhd, Mohd Tuah Mohd Amin.
Bagi Arif Suswanto, 36, dari Kampung Jawa, Batam, yang sudah tiga bulan bekerja di Kempas, Johor Bahru, mengakui terkejut apabila mendapat tahu operasi di terminal tersebut diteruskan dan menyifatkan keputusan itu tepat sekali kerana ramai pihak menerima manfaatnya termasuk para pelawat dan pelancong dari Batam ke Johor.
Sementara itu, pemandu teksi di terminal tersebut, Mohd Noh Yap Abdullah, 65, berkata, keputusan itu menghilangkan kebimbangan 47 pemandu teksi yang beroperasi di situ.
"Di terminal ini mudah untuk mendapat pelanggan yang juga penumpang feri pada setiap hari. Selain itu kewujudan terminal ini penting kerana mampu melonjakkan aktiviti pelancongan di Johor," katanya.
Rakannya, Rasul Saleh, 70, bersetuju dengan pendapat Mohd Noh tetapi berharap pihak berkenaan membanteras kegiatan teksi sapu di terminal itu kerana tidak adil agi mereka selain perlu bersaing dengan perkhidmatan e-hailing.
"Pada masa sama kita tidak tahu sampai bila operasi di terminal ini akan diteruskan. Kami harap bukan untuk sementara dan terminal dapat beroperasi sampai bila-bila," katanya yang sudah 30 tahun membawa teksi di kawasan itu.
Dalam pada itu, Mohd Tuah berkata, operasi di terminal tersebut beroperasi seperti biasa dan diharap orang ramai terus menggunakan perkhidmatan berkenaan dan memaklumkan tiada perubahan bagi jadual operasi feri.
"Selepas tersebar berita operasi di terminal ini dihentikan semalam, penumpang berkurangan pada hari ini.
"Kita harap orang ramai ambil maklum operasi diteruskan. Terminal ini memberi banyak manfaat kepada peniaga, pemandu teksi dan sektor pelancongan di Johor.
"Terdapat empat perjalanan dari Pasir Gudang-Batam dan empat lagi perjalanan Batam-Pasir Gudang sehari.
"Kita menerima kira-kira 800 penumpang sehari iaitu 90 peratus daripadanya warga Indonesia yang mempunyai status penduduk tetap (PR)," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 12 2022
Penumpang dari Batam, Indonesia sejurus tiba di Terminal Feri Pasir Gudang, Pasir Gudang, pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Semua peraturan perang dilanggar di Gaza - UNRWA
Gaza mengalami genosid berterusan oleh Israel selama lebih 14 bulan.
Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.
AWANI Ringkas: Baiki tebing Sungai Kelantan bermula hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
GV: 'Niat kami bukan untuk memalukan' - Syafinaz Selamat jelaskan tugas juri menilai, beri input
Menurut Syafinaz, komen-komen diberikan itu adalah untuk memperbaiki mutu persembahan setiap bintang yang bertanding selain memberikan input berguna kepada mereka.
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis
Keluarga penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan pada 27 dan 28 Dis ini sempena Krismas bagi semua institusi penjara.
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia bakal umum CEO baharu
Bursa Malaysia Bhd mengesahkan kini dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Lelaki maut, tersepit dalam kereta
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor.
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
Penumpang lega operasi Terminal Feri Pasir Gudang diteruskan
Fati bersyukur kerana operasi di terminal feri berkenaan diteruskan selepas lebih 20 tahun menggunakan perkhidmatan tersebut.