Bas kilang yang rosak dan terlibat dalam kemalangan di Km147 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Juru, di sini dikatakan dipandu laju sebelum asap dan api keluar daripada bahagian enjin kenderaan itu.
Seorang penumpang bas kilang itu Rafizah, 22, yang juga warga Indonesia berkata kebanyakan pekerja kilang di dalam bas itu tinggal di asrama yang disediakan majikan mereka Simpang Ampat, Sungai Bakap, dekat sini dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke kilang Sony di Perai.
"Saya tak tidur dan semasa dalam perjalanan bas memang dipandu laju...ada beberapa penumpang nampak asap keluar daripada bahagian enjin dan kami terus beritahu kepada pemandu bas tetapi dia masih terus memandu bas malah lebih laju.
"Asap itu makin banyak malah ada api turut keluar dari bahagian enjin, saya terus menjerit kepada pemandu dan dia berhenti di tepi jalan sebelah kiri sebelum tiba-tiba bas kami dilanggar daripada belakang," katanya kepada Bernama semasa ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini hari ini.
Beliau yang baru setahun bekerja di Malaysia berkata keadaan menjadi kelam kabut dan bas mereka ditolak sehingga ke tengah jalan dan ketika itu beberapa penumpang terpelanting keluar daripada bas berikutan rempuhan yang sangat kuat.
Rafizah yang duduk di bahagian tengah turut terpelanting hingga ke depan berkata ramai penumpang dalam bas itu menjerit dan menangis ketakutan.
Sementara itu, kakak seorang daripada mangsa kemalangan itu, Wirda, 36, berkata adiknya Rosa, 19, yang baru enam bulan bekerja di Pulau Pinang cedera parah pada kepala, belakang badan serta kaki.
Beliau yang tinggal di Pulau Pinang sejak enam tahun lepas dan berkahwin dengan rakyat tempatan, berkata beliau terus bergegas ke Hospital Seberang Jaya sebaik mengetahui mengenai kemalangan itu daripada rakan adiknya.
"Tapi hingga 11.30 pagi ini saya belum dapat berjumpa dan mengetahui keadaan Rosa kerana pihak hospital memaklumkan dia masih dirawat di bahagian kecemasan. Wakil dari kilang minta kami bertenang dan saya harap dia (Rosa) tidak parah dan dapat pulih.
"Sebelum ini saya juga telah beberapa kali pesan kepada Rosa supaya jangan tidur ketika dalam bas kilang kerana bimbang berlaku kemalangan dan tidak sempat buat apa-apa," kata Wirda.
Kakak seorang lagi mangsa kemalangan, Aziah, 29, juga rakyat Indonesia, berkata hingga kini beliau belum mengetahui nasib adiknya Faridah, 20, yang turut terlibat dalam insiden itu.
"Saya ada tanya kawan dia yang sudah terima rawatan tapi mereka beritahu tidak tahu keadaan Faridah kerana tidak nampak di bahagian kecemasan. Semasa kejadian saya sedang bekerja di kilang Perai dan terus datang ke hospital untuk mengetahui apa yang terjadi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2017

Kemalangan membabitkan dua buah bas dan sebuah van yang membawa pekerja kilang. - Gambar ihsan JBPM
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Subsidi diesel: MITI bawa keluhan pengusaha bas kilang ke Kabinet
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia mendengar dan akan membawa ke Kabinet keluhan pengusaha bas kilang yang tidak mendapat subsidi diesel baru-baru ini.

Pemandu bas kilang ditahan bantu siasatan kerosakan poster parti
Polis menahan seorang pemandu bas kilang hari ini bagi membantu siasatan kejadian poster sebuah parti politik yang telah dirosakkan menggunakan senjata tajam di kawasan Tampoi di sini.

Bas kilang bawa 9 penumpang ke Singapura terbabas
Sebuah bas kilang yang membawa sembilan penumpang dalam perjalanan ke Singapura terbabit kemalangan selepas terbabas di susur Kilometer 16 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam.

Dua parah, 15 cedera ringan kemalangan bas kilang dengan treler
Dua parah, manakala 15 penumpang cedera ringan selepas bas kilang yang membawa 21 pekerja kilang bertembung dengan sebuah lori treler.

Bas kilang rempuh dua kereta di Kulim, seorang maut
Kejadian mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

Bas kilang hilang kawalan, rempuh lima kenderaan di bahu jalan
Tujuh pekerja kilang berdepan detik cemas apabila bas yang mereka naiki merempuh lima buah kenderaan yang diletakkan dibahu jalan.

Bas kilang rempuh 14 kenderaan di Sungai Petani
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 pagi ketika terdapat ramai pengguna jalan raya di jalan terbabit, sama ada yang menghantar anak ke sekolah atau ke tempat kerja.

Empat cedera, bas bawa 30 pekerja kilang terbabas
Pemandu bas berusia 69 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala empat wanita itu telah dibawa ke Hospital Melaka.

12 cedera bas kilang bertembung lori muatan besi buruk
Seorang pemandu bas patah peha manakala 11 pekerja kilang cedera ringgan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas kilang dan lori di Perai.

Penumpang dakwa bas laju sebelum keluar asap, api
Bas kilang yang rosak dan terlibat dalam kemalangan di Km147 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Juru, di sini dikatakan dipandu laju sebelum asap dan api keluar.