KUALA LUMPUR: Peranan penterjemah masih lagi penting dan akan kekal dalam industri penterjemahan biarpun biarpun berhadapan dengan tekanan daripada kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) .
Menyedari cabaran dihadapi oleh industri bernilai AS$65 bilion itu, Presiden Persekutuan Penterjemah Antarabangsa (FIT) Alison Rodriguez berkata sementara teknologi itu terbukti berguna, ia masih memerlukan sentuhan manusia bagi memastikan segalanya sempurna kerana kesilapan kecil pada tanda baca pun boleh membawa kesan yang buruk.
"Satu kesilapan kecil penterjemahan perkataan oleh AI boleh membawa kesan kepada kestabilan sejagat. Justeru, kami tidak boleh kata kesan kesilapan terjemahan AI kepada masyarakat adalah sedikit sahaja, ia boleh menjadi agak serius dan membangkitkan pelbagai kebimbangan lain, dalam hal ini, kami rasa kami mempunyai peranan penting dalam menterjemah sesuatu seperti diplomasi antarabangsa.
... dan juga pada satu tahap amat peribadi, dalam komunikasi harian anda dan dokumen anda berkaitan undang-undang, jika anda menandatangan satu dokumen melibatkan undang-undang yang diterjemahkan dan anda yakin terjemahan itu adalah betul tetapi ia dibuat oleh AI tanpa diperiksa, anda boleh menghadapi masalah serius. Jadi kita perlu peka dengan bahaya dan risikonya," kata beliau.
Rodriguez berkata demikian semasa sesi soal jawab Forum Antarabangsa FIT-MTA (Persatuan Penterjemah Malaysia) bertajuk "Peranan FIT dalam Amalan Terjemahan Hari Ini", di sini semalam.
Bagaimanapun, beliau tidak melihat revolusi teknologi itu sebagai ancaman tetapi sebagai sesuatu yang tidak boleh diabaikan malah didukung bagi memastikan imej kewibawaan penterjemah kekal dan menggalakkan kewujudan generasi baharu pemain yang tidak boleh diambil alih mesin.
"Pasaran sedang mengalami perubahan, benda berubah tetapi yang pasti masa hadapan penterjemah masih ada. Ia adalah mengenai bekerja dengan teknologi itu dan tidak takut kepadanya dan menggunakannya untuk kelebihan kami.
Ia juga berkenaan perkongsian kerisauan yang kami alami bahawa menggunakan AI dan mesin penterjemah pada masa ini ia bukan berada pada tahap yang ia boleh berfungsi sendiri, terdapat keperluan kepada ahli bahasa dan penterjemah profesional yang boleh bekerja dengannya (AI) dan memastikan keputusannya tidak merosakkan kerana menggunakan terjemahan mesin yang tidak disunting boleh mengakibatkan banyak masalah," katanya.
Forum ini merupakan sebahagian daripada program empat hari yang menyaksikan pelancaran FIT ASIA (FIT Rantau Asia) pada Sabtu di Hotel Grand Millennium, di sini.
FIT ASIA akan beroperasi sebagai sebahagian daripada FIT, berdasarkan undang-undang kecil yang diterima FIT dengan matlamat utamanya ialah untuk berjaya dalam aktiviti profesional, kebudayaan dan akademik selain menyasarkan untuk mengurus dan melihat kepada keperluan dan minat pertubuhan profesional di rantau Asia.
FIT ASIA adalah pusat serantau kelima menyertai FIT Eropah, FIT Amerika Utara, FIT Amerika Latin dan yang baru sahaja ditubuhkan FIT Afrika.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2024
Forum Antarabangsa FIT-MTA bertajuk "Peranan FIT dalam Amalan Terjemahan Hari Ini" berlangsung di Kuala Lumpur pada Ahad. - Facebook Persatuan Penterjemah Malaysia
Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.
Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai
Pasangan suami isteri serta anak lelaki mereka berusia tiga tahun nyaris lemas selepas kereta jenis Proton Pesona dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jalan Kangar-Alor Setar.
KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024
KPT merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran 35 pingat emas dan menduduki tempat ketiga negara terbaik pada kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.
Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024
Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar juara beregu wanita Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024.
Program MADANI Rakyat Zon Timur catat jumlah pengunjung tertinggi
Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan melabuhkan tirai hari ini dengan mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi dalam tiga siri penganjurannya iaitu jumlah pengunjung me
AWANI 7:45 [07/07/2024] - Peringatan Agong | Usah korban jati diri demi kuasa | Isu buli siber jadi tumpuan | Nasib berbeza dua 'gergasi' bola sepak
#AWANI745 malam ini bersama Syaff Shukri;
1. Agong ingatkan, jangan jadikan media sosial tempat buka aib
2. Jangan korban jati diri untuk kuasa dan populariti, pesan Sultan Kedah
3. Belum ada jaminan BN dan PH kerjasama hadapi PRU16
4. England gembira, Brazil berduka, nasib berbeza dua gergasi bola sepak
1. Agong ingatkan, jangan jadikan media sosial tempat buka aib
2. Jangan korban jati diri untuk kuasa dan populariti, pesan Sultan Kedah
3. Belum ada jaminan BN dan PH kerjasama hadapi PRU16
4. England gembira, Brazil berduka, nasib berbeza dua gergasi bola sepak
1,400 veteran ATM disasar sertai Program Desa MADANI tahun ini
Kementerian Pertahanan menyasarkan 1,400 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai Program Veteran Desa Madani (VDM) seluruh negara tahun ini.
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Pentas jual anugerahkan pakej media bernilai RM55,600
Jelajah JIWA SME 2024 melabuhkan tirai untuk siri pertama di Johor Bahru. Pemyampai Astro AWANI, Irfan Faruqi membawakan perinciannya.
Penterjemah akan kekal, peranan masih penting - FIT
AI masih perlukan sentuhan manusia bagi memastikan segalanya sempurna kerana kesilapan kecil pada tanda baca pun boleh membawa kesan yang buruk.
Sering iringi PM, penterjemah bahasa isyarat New Zealand dapat perhatian
Tatkala Ardern muncul membuat pengumuman atau sidang media, Wendt menyampaikan setiap isi ucapan Ardern, dalam bahasa isyarat.
Isu kontrak CEO: Penterjemah, penulis perlu positif - ITBM
ITBM percaya bahawa kerajaan mempunyai perancangan yang lebih besar untuk Mohd Khair pada masa hadapan dan institut itu mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.
Masalah komunikasi antara cabaran petugas hospital medan di Cox's Bazar
Pengalaman berkenaan dikongsi oleh Kapten Dr Dalilah Diana Al-Aliy Mamu yang merupakan satu-satunya doktor gigi yang ditempatkan di hospital berkenaan.
Media Malaysia 'diajar' panggil nama rasmi Korea Utara
Seorang penterjemah dari Korea Utara meminta media Malaysia berhenti memanggil nama negara itu sebagai Korea Utara, sebaliknya menggunakan nama rasminya, Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK).
Polis sedang kesan Sirul Azhar Umar
Polis sedang mengesan Koperal Sirul Azhar Umar selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya atas tuduhan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Penterjemah palsu aibkan upacara peringatan Mandela
Masyarakat cacat pendengaran di Afrika Selatan mendakwa bahawa penterjemah bahasa isyarat pada majlis peringatan mendiang Nelson Mandela, adalah palsu.