Masalah komunikasi merupakan antara cabaran yang dihadapi petugas di Hospital Medan Malaysia (HMM) di Cox's Bazar, Bangladesh, dalam memberi rawatan kepada pelarian Rohingya.
Pengalaman berkenaan dikongsi oleh Kapten Dr Dalilah Diana Al-Aliy Mamu yang merupakan satu-satunya doktor gigi yang ditempatkan di hospital berkenaan.
Menurutnya, meskipun khidmat penterjemah digunakan namun adakalanya pelarian masih sukar memahami apa yang cuba disampaikannya.
"Kadang-kadang kita perlu cabut gigi mereka tetapi mereka berkeras tidak mahu kerana merasakan gigi itu masih elok...sukar untuk kita terangkan kepada mereka perkara sebenar sehingga menimbulkan salah faham," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan kepulangan Tim Operasi Starlight - 1 di Wisma Transit, di sini, pada Rabu.
Ibu kepada dua cahaya mata perempuan itu berkata beliau merawat antara 20 hingga 25 pesakit sehari.
"Saya dibantu dua petugas, setiap hari kami memberi rawatan tampalan dan cabutan bukan sahaja kepada pelarian tetapi kepada anggota yang bertugas di sana juga," jelasnya.
Sementara itu, Komander Misi, Brig Jen Dr Adnan Abdullah berkata dianggarkan 100 hingga 180 pelarian menerima rawatan di hospital berkenaan setiap hari.
Katanya, seramai 16 doktor termasuk lapan pakar terlibat dalam operasi selama enam bulan itu.
"Hospital ini telah menjadi hospital rujukan bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana, mana-mana kes mereka tidak dapat rawat atau berlaku sebarang komplikasi akan dirujuk kepada HMM," katanya.
Selain itu, HMM dilengkapi dengan peralatan canggih dan berkeupayaan untuk membuat pembedahan laparoskopik (teknik melihat ke dalam perut tanpa melakukan pembedahan besar), katanya.
Lebih 23,000 pesakit telah dirawat di HMM di Cox's Bazar, Bangladesh sejak ia mula beroperasi pada Disember 2017.
Selain itu, sebanyak 754 prosedur pembedahan kecemasan dan elektif yang menyelamatkan nyawa telah dilakukan di samping 59 prosedur menyambut kelahiran bayi dan 1,813 rawatan pergigian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 29 2018

Pemandangan sekitar kem pelarian Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh, 3 Ogos, 2018. --fotoBERNAMA / Zakir Hossain Chowdhury/ZUMA Wire/dpa

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Masalah komunikasi antara cabaran petugas hospital medan di Cox's Bazar
Pengalaman berkenaan dikongsi oleh Kapten Dr Dalilah Diana Al-Aliy Mamu yang merupakan satu-satunya doktor gigi yang ditempatkan di hospital berkenaan.

Seorang lelaki dipercayai anggota Geng Mamak ditembak mati, rakannya cedera
Seorang lelaki berusia 59 tahun yang dipercayai anggota 'Geng Mamak' maut ditembak, manakala seorang rakannya cedera di pinggang.

Dua adik-beradik dibunuh kejam
Seorang pembantu rumah dilaporkan membunuh dua kanak-kanak lelaki lewat petang tadi dan kemudiannya membunuh diri.

Cuba tunjuk handal, akhirnya ditahan polis
Seorang lelaki ditahan polis selepas melakukan aksi lagak berbahaya ketika memandu kereta di hadapan khalayak ramai.