Perubahan sistem pentadbiran di Amerika Syarikat yang kini diterajui presiden Donald Trump tidak akan menjejaskan dasar atau kerjasama berkaitan keselamatan yang dijalin dengan Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan semua perjanjian persefahaman (MoU) termasuk berkaitan dengan jenayah rentas sempadan tetap diteruskan.
"Dari segi jangka panjang, walaupun presiden bertukar tapi dasar dan kerjasama yang dimeterai sebelum ini seperti pencegahan jenayah terus berjalan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan persekolahan dan hadiah kecemerlangan ujian penilaian sekolah rendah di SM Sains Bagan Datuk, di sini hari ini.
Trump mengangkat sumpah sebagai presiden Amerika Syarikat ke-45 di Capitol Hill, Washington DC, pada pukul 1.05 pagi tadi waktu Malaysia (12.05 tengah hari Jumaat waktu Washington).
Bilionair berusia 70 tahun itu menggantikan Barack Obama selepas mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat, 8 November lepas.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerjasama keselamatan yang terjalin antara Washington dengan Kuala Lumpur adalah antara lain Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan agensi perisikan.
"Kita juga ada MoU bagi perpindahan banduan selain program radikalisasi untuk tahanan yang berkaitan dengan pengganas," katanya lagi.
Selain itu, pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat juga telah mengenakan beberapa garis panduan sebagai pra syarat untuk tawaran bagi memperolehi pengecualian visa untuk warga negara malaysia mengunjungi Amerika Syarikat.
“Pihak Jabatan Negara telah mengenakan beberapa garis panduan sebagai pra syarat untuk sasaran bagi memperolehi pengecualian visa untuk warga negara Malaysia bagi mengunjungi Amerika Syarikat.
“Daripada tujuh garis panduan dan syarat itu kita telah memenuhi enam garis panduan itu dan yang ketujuh yang kita belum penuhi ialah kurang daripada tiga peratus permohonan visa itu ditolak ketika dikemukakan di Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur penolakan lebih daripada tiga peratus sekarang ini adalah disebabkan oleh banyak masalah teknikal dari segi butiran dan dari segi latar belakang," tambah beliau.
Haron Shafie
Sat Jan 21 2017
Trump mengangkat sumpah sebagai presiden Amerika Syarikat ke-45 di Capitol Hill, Washington DC menggantikan Barack Obama. - Foto REUTERS/Lucy Nicholson
Trump calonkan usahawan John Phelan untuk jawatan Setiausaha Tentera Laut
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu mengumumkan pencalonan usahawan John Phelan untuk jawatan Setiausaha Tentera Laut dalam pentadbirannya.
Najib, Irwan lepas tanpa bebas kes pecah amanah RM6.6 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu melepas tanpa membebaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Ia susulan enam pertuduhan pecah amanah didakwa ke atas kedua mereka melibatkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 billion.
Ia susulan enam pertuduhan pecah amanah didakwa ke atas kedua mereka melibatkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 billion.
Negeri Kelantan dilanda banjir besar termasuk Kuala Kerai - Abdul Latiff
Ahli Parlimen Kuala Kerai berdoa untuk seluruh Negeri kelantan yang dilanda banjir besar. "Mudah-mudahan hujan turun adalah hujan rahmat bukan hujan yang membawa bencana"katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Mangsa banjir di Kelantan cecah 8,838 orang, Rantau Panjang hampir lumpuh
Mangsa banjir di Kelantan cecah 8,838 orang, Rantau Panjang hampir lumpuh
[TERKINI] Situasi banjir di Terengganu kembali buruk, mangsa bertambah
Wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali membawakan perkembangan semasa banjir di Terengganu yang kembali memburuk dengan jumlah mangsa bertambah di PPS.
[TERKINI] Mangsa di Kelantan meningkat mendadak, negeri lain terkawal
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Pulau Pinang sedia beri sumbangan kewangan jika Lembaga Lembangan Ulu Muda ditubuhkan
Pulau Pinang sedia memberikan sumbangan kewangan sekiranya Lembaga Lembangan Ulu Muda (LLUM) dapat ditubuhkan bagi mengawal dan menguruskan sumber air di Ulu Muda, Kedah.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Subsidi gaji dalam tempoh latihan bidang pemanduan - YB Ipoh Timor
Ahli Parlimen Ipoh Timor mencadangkan Kementerian bersama agensi yang terlibat mewujudkan subsidi gaji upah dalam tempoh latihan bidang pemanduan bagi mengatasi krisis kekurangan pemandu berkemahiran.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Ahmad Zahid minta mangsa banjir utamakan keselamatan, patuhi arahan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan mereka yang berada di kawasan berisiko banjir supaya mengutamakan keselamatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.