LANGKAWI: Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, Dr Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi, 37, meninggal dunia selepas selesai menamatkan larian Langkawi Half Marathon di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan, pihaknya menerima laporan daripada doktor bertugas di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Maliha pada jam 10.30 pagi, seorang lelaki telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.
“Allahyarham merupakan salah seorang peserta Langkawi International Half Marathon 2022.
“Semasa menghampiri garisan penamat, Allahyarham tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.
“Petugas perubatan dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah beri bantuan awal dan Cardiopulmonary resuscitation (CPR) sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shariman berkata, Allahyarham merupakan pensyarah kanan di Universiti Putra Malaysia dan kematiannya kemudiannya dimaklumkan kepada isterinya.
Katanya, ujian COVID-19 yang telah dilakukan didapati negatif dan jenazah akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Dec 17 2022
Semasa menghampiri garisan penamat, Allahyarham tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. - Foto PDRM
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kesihatan dua beradik semakin pulih - Datuk
Kesihatan dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara Isnin lepas semakin pulih.
AWANI Ringkas: Lagi perusuh diburu polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Maldives kecam pembakaran hospital di Gaza oleh tentera Israel
Maldives pada Sabtu mengecam pembakaran Hospital Kamal Adwan di Gaza oleh tentera Israel, menyifatkannya sebagai jenayah perang.
Sultan Pahang berkenan rasmi Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana (PKKI) negeri Pahang.
AWANI 7:45 [28/12/2024] – Tangisan duka | Lori jadi 'punca' | Laporan polis terhadap Hannah Yeoh
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
1. Air mata berderai, anak mangsa nahas Ayer Keroh akhirnya tahu keluarga sudah tiada
2. Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan libatkan lori
3. Dua dekad menanti kepulangan anak yang dipukul tsunami
4. Kerap sangat kalah, Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
1. Air mata berderai, anak mangsa nahas Ayer Keroh akhirnya tahu keluarga sudah tiada
2. Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan libatkan lori
3. Dua dekad menanti kepulangan anak yang dipukul tsunami
4. Kerap sangat kalah, Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
Agenda AWANI Asia: Potensi Dan Trend Baharu Hubungan Malaysia-China
Sejauh mana pentingnya hubungan Malaysia - China pasca 50 tahun mendatang? Apakah potensi baharu yang dapat mendorong kerjasama global kedua-dua negara? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
WHO tidak temukan "Penyakit X" misteri di Congo
Pakar kesihatan antarabangsa percaya bahawa gelombang penyakit di wilayah terpencil Republik Demokratik Congo yang sebelum ini digelar "Penyakit X" disebabkan oleh patogen yang diketahui, lapor Agensi
Juara dunia catur tahun lalu tarik diri selepas didenda pakai jeans
Juara bertahan Magnus Carlsen telah mencetuskan skandal di Kejohanan Catur Pantas Dunia di New York akibat pilihan seluarnya.
AWANI Ringkas: Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Atlet silambam Malaysia raih 12 emas, juara keseluruhan Kejohanan Asia
Pasukan silambam Malaysia merangkul 12 pingat emas sekali gus muncul juara keseluruhan di Kejohanan Silambam Terbuka Asia di Qatar semalam.
Pensyarah UPM meninggal dunia usai tamatkan marathon Langkawi
Pensyarah UPM Dr Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi meninggal dunia selepas menamatkan larian Langkawi Half Marathon di Langkawi, pada Sabtu.