KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah sebuah universiti awam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan membuat tuntutan palsu, membabitkan bayaran sewa kenderaan dan pembelian peralatan geologi berjumlah RM12,488, empat tahun lepas.
Jasmi Hafiz Abdul Aziz, 45, mengaku tidak bersalah, selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Mengikut tujuh pertuduhan, lelaki itu sebagai pensyarah kanan didakwa memperdayakan Jabatan Bendahari, Universiti Malaya (UM) dengan menggunakan tujuh tuntutan perjalanan palsu berkenaan bayaran sewa tiga jenis kenderaan antara 24 April 2018 hingga 29 Julai 2019, sedangkan sewaan itu tidak dibuat.
Bapa kepada seorang anak itu juga didakwa atas dua pertuduhan memperdayakan Jabatan Bendahari, UM dengan membuat dua resit palsu berkaitan pembelian peralatan geologi bertarikh 19 Jan 2019 dan 23 Mac 2019, sedangkan pembelian tidak dibuat.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Jabatan Geologi, Fakulti Sains, UM, antara 29 Mei 2018 hingga 23 Ogos 2019, mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24 (1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Jasmi Hafiz mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan pilihan iaitu menggunakan tujuh resit bayaran sewa tiga kenderaan yang sama dan dua resit membeli peralatan serupa sebagai tulen, sedangkan dia mengetahui resit itu palsu.
Beliau didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di lokasi dan tarikh sama, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Abd Muntaqim Abdul Aziz mencadangkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan selain menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi.
Peguam Wan Shahrizal Wan Ladin yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya yang masih berkhidmat sebagai pensyarah, menanggung isteri serta seorang anak dan telah memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan.
Rozina membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan, selain menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi dalam kes berkenaan.
Mahkamah menetapkan 18 Okt untuk sebutan semula kes. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2022

Seorang pensyarah sebuah universiti awam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas sembilan pertuduhan membuat tuntutan palsu, membabitkan bayaran sewa kenderaan dan pembelian peralatan geologi berjumlah RM12,488, empat tahun lepas. - Gambar hiasan

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pensyarah universiti didakwa buat tuntutan palsu
Tertuduh didakwa membuat tuntutan palsu, membabitkan bayaran sewa kenderaan dan pembelian peralatan geologi berjumlah RM12,488.

KPI pensyarah perlu mencabar, namun tidak hingga membebankan - APM
Indeks prestasi utama (KPI) melibatkan pensyarah universiti di negara ini perlu mencabar, namun tidak membebankan.

'Taksub' terbitkan makalah: KPI pensyarah perlu berteras negara, masyarakat - MPN
Lebih penting adalah untuk membantu kementerian, agensi dan industri menambah baik proses membuat keputusan dasar, polisi dan program-program.