KUALA LUMPUR:Indeks prestasi utama (KPI) melibatkan pensyarah universiti di negara ini perlu mencabar, namun tidak sampai membebankan.
Presiden Akademi Profesor Malaysia, Prof. Datuk Seri Ts. Daing Mohd. Nasir Daing Ibrahim menegaskan, mana-mana KPI yang terlalu mudah, tidak sepatutnya menjadi KPI.
"Sesuatu KPI itu mesti mencabar supaya ia akan memerlukan usaha yang gigih dan kepakaran yang tinggi dan dedikasi untuk bekerja bersungguh-sungguh tetapi ia tidak boleh sehingga membebankan.
"Kalau KPI yang membebankan ia tidak boleh dicapai dan mungkin ia boleh menghasilkan apa yang dikatakan 'dysfunctional behavior' atau pelakuan yang tidak dikehendaki," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia pada Ahad yang menyatakan ada dalam kalangan ahli akademik menerbitkan tulisan akademik atau kajian menggunakan ‘jurnal pemangsa’ sebagai jalan pintas mencapai KPI masing-masing.
Jelas Daing Mohd Nasir, setiap ahli akademik berhak untuk memilih jurnal yang akan diterbitkan.
Namun, penilaian yang ketat daripada pihak universiti akan menentukan sama ada sesuatu penulisan akademik itu diterima pakai atau tidak.
"Pertama, pada saya, penerbitan adalah kekal penerbitan dan kita boleh terbitkan di mana-mana.
"Mereka boleh pilih untuk menerbitkan hasil mereka di tempat yang rendah kualiti, mungkin mereka boleh teruskan.
"Namun, adakah universiti menggunakan itu sebagai kriteria? Itu satu cerita lain," ujarnya.
Ujarnya, pendedahan melibatkan 'jurnal pemangsa' itu perlu dijadikan iktibar supaya institusi pendidikan tinggi negara terus diperkasa dan bertaraf global.
"Saya rasa setiap apa yang berlaku ini memberi kita isyarat untuk terus memperketatkan dan mengukuhkan kriteria yang kita ada dalam kenaikan pangkat.
"Perlu dipastikan supaya ia tidak boleh dicabar atau dianggap sebagai satu proses yang lemah," katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Feb 18 2021
Jelas Daing Mohd Nasir, setiap ahli akademik berhak untuk memilih jurnal yang akan diterbitkan, namun penilaian yang ketat daripada pihak universiti akan menentukan sama ada sesuatu penulisan akademik itu diterima pakai atau tidak. - Foto UMP
Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini - JPS
JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
Dua anggota tentera didakwa rogol kanak-kanak
Dua anggota tentera didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan merogol kanak-kanak berusia 10 tahun, April tahun lalu.
Nahas Jeju Air, tiada rakyat Malaysia terlibat setakat ini - Wisma Putra
Kedutaan Malaysia di Seoul sedang giat mengumpul maklumat daripada sumber rasmi dan memantau situasi dengan teliti selepas sebuah pesawat penumpang Korea Selatan yang membawa 181 orang terhempas di lapangan terbang di barat daya negara itu pada Ahad.
Innovathon 2: Ciptaan bahan pembinaan penebat dipilih juara minggu kelima
Dengan proses penghasilan yang singkat, Bio Polyol mempunyai kebolehulangan yang tinggi (konsisten) dan sifar sisa serta tiada pembebasan gas bertoksik.
AWANI Ringkas: Masih ada lori 'tayar botak' berani beroperasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jeju Air mohon maaf susulan tragedi yang mengorbankan 179 penumpang
Jeju Air dalam satu kenyataan di media sosial syarikat memaklumkan, pihaknya akan melakukan segala yang termampu bagi membantu pihak yang terlibat susulan tragedi ini.
Nahas Jeju Air: Semua kecuali dua mangsa dianggap meninggal dunia
Menurut pihak berkuasa, operasi kini beralih kepada usaha untuk mengeluarkan mayat-mayat mangsa, setelah 96 kematian disahkan setakat ini.
Hujan lebat berterusan diramal landa Terengganu, Kelantan, Pahang sehingga esok
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Gua Musang sehingga esok.
Nahas Jeju Air: 96 disahkan maut, dua berjaya diselamatkan
Difahamkan pihak berkuasa sedang berusaha menyelamatkan mangsa di bahagian ekor pesawat di mana dua penumpang telah diselamatkan.
Kereta api bertembung trak bomba, tiada kematian dilaporkan
Satu kemalangan melibatkan kereta api Brightline dengan sebuah trak bomba dilaporkan berlaku di Delray Beach, Florida pada Sabtu.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan kejadian mengakibatkan tiga anggota bomba termasuk 12 penumpang kereta api cedera.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan kejadian mengakibatkan tiga anggota bomba termasuk 12 penumpang kereta api cedera.
"Rakyat yang tentukan KPI saya" - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata, beliau menyedari harapan tinggi yang dizahirkan rakyat terhadap kerajaan dan dirinya
Setahun Malaysia Prihatin, Kementerian Kerja Raya capai KPI 99 peratus
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sejumlah 131 projek dilaksanakan di bawah kementerian itu dengan 111 projek telah disiapkan bernilai RM3.955 bilion pada tahun lepas.
Manifesto BN: Bank khas urus pinjaman rumah mampu milik, kos rendah
Iltizam untuk memastikan setiap keluarga mampu tinggal dalam rumah yang selesa, sama ada secara milik sendiri atau menyewa, diterjemahkan oleh BN melalui komitmen mewujudkan sebuah bank khas.
BN Selangor capai KPI tarik 17,000 pengundi parti komponen PRK Sungai Besar
Noh Omar berkata pendekatan dan transformasi baharu yang diperkenalkan BN membolehkan ramai pengundi putih keluar mengundi.
Ibrahim Ali: Perkasa mahu nilai KPI menteri, TPM dan PM
Ibrahim Ali berkata KPI Perdana Menteri dan Timbalannya akan dinilai apakah tindakan mereka merugikan orang Melayu atau tidak.