Beliau berkata, perhatian khusus harus diberikan kepada keadaan upah, terutama bagi pekerja di peringkat rendah.
“Kedua, perumahan mereka. Ketiga, pendidikan mereka, termasuk pendidikan anak-anak pekerja. Hal-hal ini mesti diberi perhatian,” katanya semasa berucap pada majlis peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030)
Tambah beliau, tanggungjawab menyediakan perumahan tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan, manakala kebajikan pekerja mesti diutamakan dalam proses penswastaan.
Menurut Anwar, konsep ekonomi yang mampan adalah yang memberi perhatian kepada aspek kognitif manusia dan memastikan kesejahteraan pekerja terjamin.
“Barulah konsep ekonomi yang prihatin dan mampan dapat direalisasikan, kerana kemampanan bukan hanya tentang keuntungan dan kelestarian.
“Ia merangkumi aspek yang mengangkat martabat insan itu sendiri," ujar beliau.