Pembatalan perjanjian penstrukturan air antara kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan dilihat lebih menjurus kepada soal menjaga kepentingan politik berbanding keperluan rakyat.
Pakar dan penganalisis politik berpendapat tindakan kerajaan Selangor itu bukan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat dan isu semasa di negeri itu, sebaliknya hanya untuk bermain politik dan mencabar Kerajaan Persekutuan.
Malah, bagi pakar dan penganalisis itu, apa sahaja urusan dengan Kerajaan Persekutuan yang sebelum ini dimeterai atau dibuat bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dicabar Pakatan Rakyat termasuk isu air.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata keputusan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali itu seolah-olah dibuat tanpa memikirkan kesan dan akibat kepada rakyat di Selangor.
"Saya lihat dia berani buat (batalkan perjanjian air) kerana mungkin dia rasa kesan pembatalan itu kepada rakyat Selangor kurang. Dia juga rasakan ia tidak akan menjejaskan Pakatan Rakyat di Selangor.
"Tapi kita sedia maklum Selangor memang menghadapi masalah air sebelum ini dan saya percaya dia sedar perkara itu tetapi saya tidak pasti jika dia ada pelan alternatif untuk menghadapi masalah itu nanti," katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.
Isnin lalu, Mohamed Azmin mengumumkan bahawa kerajaan negeri memutuskan untuk membatalkan perjanjian penstrukturan air itu dengan Kerajaan Persekutuan yang ditandatangani pada 12 Sept tahun lepas.
Mohd Azizuddin juga berkata, sejak menjadi Menteri Besar, Mohamed Azmin dilihat cuba membetulkan kononnya kesilapan pentadbiran Menteri Besar sebelumnya demi menjaga hati pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.
"Menteri Besar sebelum ini (Abdul Khalid) cuba berbaik-baik dengan kerajaan persekutuan demi memastikan projek berkepentingan rakyat dapat dilaksanakan (di Selangor), tetapi Mohamed Azmin mengambil tindakan yang mungkin akan 'backfire' kepada Pakatan Rakyat," katanya.
Pendapat itu turut disokong penganalisis politik, Profesor Azizul Sani yang juga pensyarah dari UUM yang mengatakan tindakan Azmin itu seakan boleh dihidu kerana kem Pakatan Rakyat khasnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak bersetuju dalam beberapa perkara sewaktu Selangor di bawah pentadbiran Abdul Khalid.
"Sekarang boleh nampak yang Pakatan memang tidak bersetuju dengan Khalid dan waktu inilah peluang digunakan untuk ubah apa yang telah dilaksanakan terdahulu.
"Contohnya isu pegawai khas minta pampasan, pembatalan KIDEX dan kini isu air. Semua perkara ini seakan ditunggu-tunggu (untuk diubah) sewaktu Azmin mula memegang jawatan," katanya kepada Bernama.
Azizul berkata walaupun Pakatan Rakyat seolah-olah yakin apa yang dibuat ketika ini tidak memberi kesan di mata rakyat, namun sedikit sebanyak impak negatif akan terpancar apabila masalah timbul seperti krisis bekalan air.
Bernama
Wed Mar 11 2015
Pembatalan perjanjian penstrukturan air dilihat lebih menjurus kepada soal menjaga kepentingan politik berbanding keperluan rakyat.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
MOU air Selangor: Muhyiddin sambut baik perjanjian tambahan
Dengan termeterainya Perjanjian Tambahan itu, pihak-pihak terlibat mempunyai tempoh selama 60 hari untuk menyelesaikan syarat permulaan (CPs) kepada Perjanjian Utama.
Perjanjian penstrukturan semula air Selangor dimeterai hari ini
Setelah beberapa kali tertangguh, perjanjian penstrukturan semula industri air negeri Selangor akan dimeterai hari ini.
Ikut sahaja pelan saya, air Selangor terus percuma - Khalid Ibrahim
Kerajaan negeri Selangor disaran meneruskan pelan holistik industri air yang dirangka sebelum Azmin Ali naik jadi Menteri Besar.
Ketepikan perbezaan politik untuk selesai isu penstrukturan air Selangor - Najib
Perdana Menteri berharap Kerajaan Selangor akan mengetepikan perbezaan politik untuk menyelesaikan isu penstrukturan air di negeri itu.
Pembatalan penstrukturan air Selangor undang kerisauan pemain industri
KOOP Pekerja berkata, situasi ini bakal membuat industri sedia ada terjejas dan bertindak mengalihkan kilang-kilang mereka ke tempat lain.
Penstrukturan air Selangor: K'jaan negeri terus berpolitik - Penganalisis
Pembatalan perjanjian penstrukturan air antara kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan dilihat lebih menjurus kepada soal menjaga kepentingan politik berbanding keperluan rakyat.