Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berharap kerajaan negeri Selangor akan mengetepikan perbezaan politik untuk menyelesaikan isu penstrukturan air di negeri itu.
Beliau berkata ini adalah kerana kerajaan persekutuan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat serta menjamin masa depan negeri Selangor dalam menyelesaikan isu air yang berlaku di negeri berkenaan.
"Tolak soal politik dan mengutamakan kepentingan rakyat yang patut kita amalkan," katanya, sambil menambah Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali ada berjumpa dengan beliau baru-baru ini untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Berucap pada Majlis Iftar Rakyat Negeri Selangor di Masjid Bandar Rinching di sini hari ini, Najib berkata kerajaan persekutuan telah menyelesaikan projek air dari Pahang hingga Selangor, serta loji air di Hulu Langat 2 dengan peruntukkan RM2 bilion semasa Perjanjian Persefahaman (MoU) pada Februari lepas.
Namun, katanya, kerajaan negeri telah membatalkan perjanjian itu serta menimbulkan cadangan atau alternatif lain seperti mengali air bawah tanah dan sebagainya.
"Akhirnya, apa sudah jadi pada air bawah tanah yang diwar-warkan satu ketika dahulu. Tanyalah penduduk negeri Selangor. Di Bandar Kesuma, mereka merungut sembilan hari tidak ada air dan kawasan ini (Bandar Rinching) pula tiga empat hari tiada air.
"Apa guna ada kemajuan bandar atau banglo tetapi bekalan air terputus dan tidak terjamin," katanya secara sinis.
Akibat perbezaan politik, Najib berkata beberapa cadangan yang diusulkan oleh kerajaan pusat dahulu terbantut, sambil memuji tindakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang membangkitkan isu air di Parlimen.
"Saya berharap dalam masa terdekat perjanjian (kerajaan negeri) dengan kerajaan pusat dapat ditandatangani... kami kerugian masa berharga.
"Tetapi apakan daya, kita memerlukan persetujuan kerajaan negeri dan akhirnya mereka bersetuju untuk menerima cadangan kita dan projek ini, saya berharap dapat menjamin masa depan negeri Selangor," jelas Najib.
Memandangkan isu air masih belum diselesaikan, Najib berkata kebanyakan pelabur tidak boleh menghabiskan projek perumahan mereka kerana tiada jaminan bekalan air di negeri Selangor.
Bernama
Sun Jul 05 2015
Memandangkan isu air masih belum diselesaikan, Najib berkata kebanyakan pelabur tidak boleh menghabiskan projek perumahan mereka kerana tiada jaminan bekalan air di negeri Selangor.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).