KUALA TERENGGANU: Seorang penolong akauntan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan meminta suapan berkaitan perbekalan alatan pejabat berjumlah RM10,640 tahun lalu.
Tertuduh, Sazawati Salleh, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Tertuduh yang merupakan kakitangan di Majlis Daerah Marang (MDM) didakwa menggunakan jawatan untuk mendapatkan suapan pada 12 Januari 2021.
Tertuduh didakwa mengambil tindakan dengan mencadangkan sebut harga untuk menjalankan kerja memasang karpet di ruang pejabat dan bilik pegawai bahagian kewangan MDM terbabit bernilai RM10,640 yang secara tidak langsung mempunyai kepentingan dengan suaminya.
Dengan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Husni Mubarak Ghazali.
Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 oleh seorang penjamin beserta syarat tambahan menyerahkan pasport antarabangsa ke mahkamah, serta melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan.
Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Julai depan.
* Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 07 2022

Tertuduh (dua dari kanan) ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu hari ini. - Foto Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pecah amanah RM24.8 juta: Reman penolong akauntan disambung tujuh hari
Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi KKDW di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.

Pecah amanah: Identiti sembilan individu dalam Kesedar disalah guna - Ahmad Zahid
Identiti sembilan individu di dalam Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dikenal pasti telah disalah guna oleh suspek yang melakukan pecah amanah RM24.8 juta.

Penolong akauntan Kesedar ditahan, kes pecah amanah RM24.8 juta
Seorang penolong akauntan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) ditahan bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta.

Penolong akauntan disyaki rasuah direman 7 hari
Majistret mengeluarkan perintah tersebut selepas suspek wanita berusia 42 tahun itu dibawa ke mahkamah pagi ini.

Penolong akauntan mengaku tidak salah minta suapan
Kakitangan Majlis Daerah Marang itu didakwa menggunakan jawatan untuk mendapatkan suapan pada 12 Januari 2021.