PUTRAJAYA: Seorang penjual kasut terpakai dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di sini daripada pertuduhan melakukan samun berkumpulan di sebuah premis perniagaan dobi layan diri pada 2017.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk M. Gunalan dan Datuk S.M. Komathy Suppiah membenarkan rayuan Nur Mohd Rusydi Abdul Raman pada Selasa (25 Julai) untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen ke atas perayu.
Vazeer berkata terdapat merit dalam rayuan Nur Mohd Rusydi.
Beliau berkata semasa memikirkan fakta dan keadaan kes, sabitan Nur Mohd Rusydi berdasarkan pengecaman di dalam mahkamah, adalah tidak selamat.
Beliau berkata Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi terkilaf ketika mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Pada 3 Jan 2020, Mahkamah Sesyen mendapati Nur Mohd Rusydi bersalah terhadap pertuduhan itu dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun penjara dan dua sebatan.
Dia kemudian merayu di Mahkamah Tinggi terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya tetapi rayuannya ditolak pada Mei 2021.
Nur Muhd Rusydi, 31 dituduh melakukan samun dengan sebilah parang dan merompak gelang tangan dan rantai emas serta wang tunai RM1,500 daripada Badariyah Baharuddin di sebuah premis dobi layan diri 24 jam di Taman Sri Gombak pada pukul 11.32 malam, 1 Sept 2017.
Sementara itu, individu lain Mohd Adib Yoosna yang dituduh secara berasingan tetapi dibicarakan bersama-sama Nur Mohd Rusydi didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di atas kesalahan sama dan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan. Dia tidak merayu terhadap hukuman itu.
Berita mengenai rompakan itu tular di halaman Facebook "Info Roadblock JPJ/Polis," "Tanjong Karang," dan "Vat 69-Perjuangan" pada 2017.
Nur Mohd Rusydi diwakili Peguam Izleen Ismail dan Jeffrey John daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan sementara Timbalan Pendakwa Raya P. Sarulatha mewakili pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Panel tiga hakim mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen ke atas perayu. - Gambar hiasan
Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus bagi mendengar pandangan semua pihak.
Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.
Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini
Transformasi digital itu termasuk pelaksanaan sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS) di 100 klinik kesihatan (KK) seluruh negara.
Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.
Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.
Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.
Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.
Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjual kasut dilepas, dibebas daripada pertuduhan samun berkumpulan
Panel tiga hakim mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen ke atas perayu.