KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 yang diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini dapat memastikan sasaran jangka panjang negara dalam penjimatan bil utiliti hampir RM100 bilion menjelang 2050 boleh dicapai.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata penguatkuasaan undang-undang itu juga mampu mencapai anggaran penjimatan pelepasan karbon hampir 200,000 kiloton (koCO2).
"Selepas ini, Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EECA) menjadi perundangan yang komprehensif dalam menangani soal kecekapan tenaga," katanya semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bil Elektrik (Pindaan) 2023 pada persidangan Dewan Rakyat di sini.
Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang itu bagi mengawal selia penggunaan cekap tenaga dan konservasi tenaga serta untuk menambah baik dan meningkatkan kecekapan tenaga selain mengelakkan pembaziran.
Nik Nazmi berkata undang-undang itu akan dikuat kuasa dalam tempoh 12 bulan selepas diwartakan.
"Keutamaan pihak kementerian dan Suruhanjaya Tenaga setelah akta ini diluluskan adalah untuk memberi penjelasan serta penerangan kepada semua pihak berkepentingan untuk memahami dan melaksanakan peruntukan dalam akta ini khususnya audit tenaga, langkah penjimatan dan pelaporan," katanya.
Pada persidangan hari ini, Dewan Rakyat turut meluluskan Rang Undang-Undang Bil Elektrik (Pindaan) 2023 yang antara lain bertujuan meminda beberapa peruntukan dalam Akta Bil Elektrik 1990 susulan penggubalan EECA.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata penguatkuasaan undang-undang itu juga mampu mencapai anggaran penjimatan pelepasan karbon hampir 200,000 kiloton (koCO2). - Gambar fail/BERNAMA
Institusi keselamatan Syria menindas rakyat akan di rombak - Ketua Perisikan
Ketua Perisikan Umum Syria Anas Hattab pada Sabtu mengumumkan bahawa institusi keselamatan yang dituduh menindas rakyat selama lebih 50 tahun di bawah rejim yang digulingkan akan dirombak sejajar tujuan asalnya.
PM Qatar bertemu delegasi Hamas, runding gencatan senjata
Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani mengadakan pertemuan dengan delegasi Hamas di Doha semalam bagi membincangkan perjanjian gencatan senjata yang jelas dan menyeluruh untuk menamatkan perang di Gaza.
Kerajaan Kelantan tetapkan pensijilan halal kepada tujuh kategori premis makanan
Kerajaan Kelantan menetapkan tujuh kategori premis makanan yang perlu mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi membolehkan premis mendapat Lesen Kekal Perniagaan di negeri ini.
Terlalu banyak kenangan, Kak Ogy akui tak kuat nak tonton filem 'Hati Batu'
Meskipun filem itu adalah salah satu kenangan bersama arwah, namun dia tidak mampu kerana ia akan membuatkannya bertambah sedih.
Guru Agama warga Afrika ditahan rotan anak murid enggan baca al-Quran
Gara-gara enggan membaca al-Quran seperti yang ditunjuk ajar, seorang kanak-kanak warga Afika berusia 12 tahun dipukul guru agama dengan menggunakan rotan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian di Ampang, di sini pada minggu lalu.
Pelanggaran burung atau cuaca buruk mungkin punca
Seorang pegawai kecemasan Korea Selatan tidak menolak kemungkinan pelanggaran burung atau cuaca buruk punca sebuah pesawat Jeju Air terhempas hingga mengorbankan 124 orang.
Maduro seru demonstrasi menjelang angkat sumpah 10 Januari
Seruan itu hadir di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin memuncak di Venezuela.
Kebakaran belukar: PM Australia umum bantuan bencana
Albanese pada Ahad meninjau kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran belukar yang berterusan di Taman Negara Grampians.
Nahas Jeju Air: Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang berada di dalam nahas Jeju Air 7C2216.
Yoon gagal hadir kali ketiga bagi soal siasat
CIO dijangka memohon waran tangkap terhadap Yoon Suk Yeol, langkah yang belum pernah dilakukan terhadap seorang presiden yang masih berkhidmat.
Penjimatan bil utiliti RM100 bilion menerusi EECA - Nik Nazmi
Penguatkuasaan undang-undang itu juga mampu mencapai anggaran penjimatan pelepasan karbon hampir 200,000 kiloton (koCO2).