Para penjawat awam perlu bergerak pantas mengadaptasi kelaziman baharu dalam usaha kerajaan membantu menyelesaikan masalah rakyat di negara ini dengan cepat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, usaha penjawat awam membantu mempercepatkan urusan rakyat dapat mengelak perasaan kecewa dalam kalangan mereka.
"Oleh itu, kita tanya keberadaan kita (penjawat awam) adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat kerana anda berkhidmat untuk rakyat yang akhirnya dibayar gaji oleh kerajaan. Ini bukan percuma.. malah anda semua bukan berkhidmat untuk rakyat sebaliknya untuk rakyat contohnya di Sandakan ini.
"Pada masa ini, semua perkara adalah susah, (maka, tugas anda penjawat awam) memudahkannya," katanya pada Majlis Perjumpaan Penjawat Awam Persekutuan Sabah di Sandakan pada Ahad.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai matlamat untuk memajukan negara ini dan peranan penjawat awam adalah menterjemahkan dasar-dasar penting kerajaan.
Untuk itu, kata Muhyiddin, pentadbiran kerajaan perlu lebih efisien selain dibantu teknologi yang ada ketika ini.
"Mungkin rakyat tidak mahu tahu apa itu dasar tetapi mereka mahu tahu apa program yang menyokong kepada dasar-dasar itu. Maka ini merupakan tanggungjawab penjawat awam menterjemahkan dasar kepada program yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat," katanya.
Dalam perkembangan sama, Muhyiddin turut sistem penyampaian kerajaan pantas dan tepat dengan setiap penjawat awam mengekalkan sikap integriti tinggi serta menghindari rasuah.
"Kita mahu pengurusan berhemah, cekap dan tidak membawa pembaziran. Malah Sistem perolehan juga perlu dilaksanakan dengan teratur," katanya.
Assim Hassan
Sun Aug 30 2020
Muhyiddin (tengah) pada Majlis Perjumpaan Penjawat Awam Persekutuan Sabah di Sandakan pada Ahad. - Astro AWANI
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
COVID-19: KPM keluarkan garis panduan peperiksaan awam baharu
KPM mengeluarkan garis panduan baharu selaras dengan kelaziman baharu untuk menduduki peperiksaan awam.
Penjawat awam tolong mudahkan urusan rakyat - Muhyiddin
Usaha penjawat awam membantu mempercepatkan urusan rakyat dapat mengelak perasaan kecewa dalam kalangan mereka.
Zahirkan syiar agama, aspirasi hijrah dalam semangat kelaziman baharu - Zulkifli
Zulkifli berkata, perkara itu boleh diterapkan menerusi penghijrahan minda, semangat dan tekad dalam mengharungi kehidupan yang mencabar.
Amal norma baharu, anggap diri sendiri petugas barisan hadapan dalam perangi COVID-19 - PM
Sambil menyeru masyarakat, Perdana Menteri berkata pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada perlu diperluaskan lagi.
PM lancar Kempen Pembudayaan Norma Baharu pagi ini
Perdana Menteri juga dijangka melancarkan Buku Pembudayaan Norma Baharu Komuniti yang diterbitkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Pakai pelitup muka atau denda RM1,000
Rata-rata rakyat boleh dikatakan akur dengan peraturan terbaharu itu daripada membayar denda RM1,000 di bawah Akta 342, sekiranya gagal mematuhinya.
Amalkan kebiasaan baharu ketika sambutan Aidiladha - Ahmad Yakob
Demi kemaslahatan ummah, keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan ibadah haji bagi tahun 1441H ekoran penularan wabak COVID-19 perlu diterima dengan penuh hemah dan hikmah
Wukuf di Arafah dalam kelaziman baharu
Kali ini, hanya sebilangan kecil jemaah haji sahaja dibenarkan untuk ambil bahagian menunaikan ibadah itu.
Bola sepak di Asia dijangka pulih berperingkat - Hamidin
Jangkaan pemulihan itu adalah berdasarkan kepada senario terkini menyaksikan rantaian COVID-19 yang masih belum putus sepenuhnya.
Agong titah rakyat jangan sambil lewa, alpa pematuhan SOP bendung COVID-19
Seri Paduka turut menzahirkan kegusaran berikutan peningkatan kes baharu COVID-19 kepada dua digit dan kewujudan beberapa kluster baharu wabak itu.