Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menggesa masyarakat di negeri ini termasuk perantau yang pulang untuk menyambut Aidiladha hari ini, agar mengamalkan kebiasaan baharu dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
"Amalkan kebiasaan baharu dalam berhari raya dengan mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan. Jagalah diri kita, keluarga kita, masyarakat kita.
"Berhati-hati semasa memandu khususnya buat anak Kelantan di perantauan yang pulang berhari raya," katanya dalam perutusan sempena Aidiladha di sini, pada Khamis.
Beliau berkata sambutan Aidiladha memberi makna yang cukup besar kepada umat Islam terutama bagi bakal jemaah haji yang berpeluang mengerjakan rukun Islam kelima itu.
"Namun, demi kemaslahatan ummah, keputusan kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan ibadah haji bagi tahun 1441H ekoran penularan wabak COVID-19 perlu diterima dengan penuh hemah dan hikmah," katanya.
Katanya, Islam menggalakkan umatnya untuk mengamalkan konsep ta'awun (bekerjasama) dalam kerja kebajikan dan ketakwaan serta melarang daripada mengamalkan konsep tolong-menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan.
"Oleh yang demikian, ibadah korban akan melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT, menghilangkan rasa kedekut dan tamak dalam diri dan melatih umat Islam agar sentiasa berkorban demi menegakkan syiar Islam.
"Dalam masa yang sama, ia dapat membantu golongan fakir miskin yang sentiasa memerlukan pertolongan dan mengeratkan tali silaturahim dan ukhuwah dalam kalangan umat Islam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 31 2020
Ahmad berkata, Islam menggalakkan umatnya mengamalkan konsep ta'awun dalam kerja kebajikan dan ketakwaan. --Gambar fail/BERNAMA
PDRM tawar pengurangan saman di semua balai polis bulan depan
PDRM akan memperluaskan diskaun saman di balai-balai seluruh negara bermula Disember 2024.
JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Dunia kehilangan pemimpin disegani - Ismail Sabri
Dunia berduka apabila kehilangan pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu.
Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.
PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.
PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.
Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.
Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.