KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam wanita kerugian RM822,938 akibat diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar pegawai polis dan syarikat penghantaran barang sejak seminggu lepas.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata polis menerima laporan daripada wanita berusia 33 tahun itu pada Rabu selepas mendapati wang dalam akaunnya telah berkurangan.
Beliau berkata mangsa telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tempatan mengaku pekerja di pejabat pos di Perlis dan memaklumkan mangsa telah membuat kiriman barangan iaitu dokumen diri dan kad bank ke Miri, Sarawak.
"Lelaki terbabit memaklumkan kemungkinan maklumat peribadi mangsa digunakan orang lain sebelum mengarahkan wanita itu berhubung dengan dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis.
"Suspek turut mendakwa mangsa mempunyai rekod jenayah melibatkan kes pengubahan wang haram dan penyeludupan dadah, serta meminta maklumat peribadi dan perbankan milik wanita itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek merupakan ahli sindiket Macau Scam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya kepada dakwaan pihak tidak dikenali yang mengaitkan anda dengan mana-mana kes jenayah. Sebarang nasihat atau maklumat lanjut boleh hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023

Polis menerima laporan daripada wanita berusia 33 tahun itu pada Rabu selepas mendapati wang dalam akaunnya telah berkurangan. - Gambar hiasan

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

Macau Scam: 65 kes babitkan pengeluaran Tabung Haji, kerugian RM3.6 juta
Polis Diraja Malaysia telah mengesan taktik baharu sindiket Macau Scam untuk mengeluarkan wang daripada akaun Tabung Haji mangsa yang dihubungkan dengan akaun bank konvensional.

Pesawah rugi RM30,000 diperdaya sindiket Macau Scam
Seorang pesawah kerugian RM30,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mengatakan mangsa kononnya terlibat dalam penyelewengan wang dan sindiket dadah.

Wanita rugi RM65,000, wang ASB lesap ditipu Macau Scam
Suspek mendakwa kononnya terdapat perintah mahkamah dikeluarkan untuk membekukan semua aset mangsa yang berusia 53 tahun itu.