PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah membangunkan Pelan Strategik EAIC 2023-2027 bagi meneruskan kesinambungan pelan terdahulu.
Pengerusinya Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, pelan berkenaan mengandungi empat teras strategik, 17 strategi, dan 41 program, dengan pemantauan berterusan serta laporan pencapaian pelaksanaan akan dibentang secara berkala.
"Pelan yang dihasilkan perlu mudah difahami dan mudah dilaksanakan, baik oleh pegawai atau pelanggan.
"Mudah bermaksud pelan itu bersifat mesra kepada semua, tanpa mengabaikan objektif dan integriti.
"Ini kerana pelanggan sentiasa mengharapkan ada perubahan dari segi kualiti dan kuantiti perkhidmatan awam," katanya.
Jelasnya, apa saja penambahbaikan perlu memastikan perkhidmatan boleh diberikan dengan cepat dan mudah kepada pelanggan.
Beliau turut menggariskan fleksibiliti, penggunaan dan pelaksanaan, kepimpinan serta pemantauan sebagai panduan bagi memastikan transformasi yang dihajatkan mencapai matlamatnya.
Mohd Sidek juga menggesa penjawat awam untuk sentiasa peka dan memahami kehendak pelanggan dalam usaha memudahkan urusan pelanggan dan pemegang taruh tanpa mempertaruhkan integriti, sekali gus memastikan kecemerlangan individu dan organisasi berterusan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pelancaran Sistem Penyelesaian Aduan dan Pengendalian Siasatan (SPAPS) Dan Pelan Strategik EAIC 2023 - 2027 di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang EAIC 2022, pada Rabu.
Seramai enam pekhidmat dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 13 penerima sijil penghargaan Perkhidmatan Cemerlang, seorang penerima sijil Khidmat Setia dan tiga penerima sijil penghargaan Jasamu Dikenang.
Madiha Abdullah
Wed Jun 07 2023

Mohd Sidek juga menggesa penjawat awam untuk sentiasa peka dan memahami kehendak pelanggan dalam usaha memudahkan urusan. -Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

AADK tidak kompromi petugas terlibat pelanggaran integriti
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) terhadap petugasnya.

Hentikan amalan beri 'ufti' dalam perkhidmatan awam
Pemberian hadiah, keraian atau tajaan dalam program di perkhidmatan awam dikhuatiri membuka ruang kepada tabiat memberi dan menerima rasuah.

EAIC terima 176 aduan salah laku tahun ini, kebanyakan babit Jabatan Imigresen
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menerima 176 aduan berkaitan salah laku tahun ini dengan kebanyakan libatkan Jabatan Imigresen.

Program #GengSubuhMacamJumaat EAIC kukuhkan integriti penguat kuasa - Mohd Na'im
Program Ihya' dan Erat Ramadan Bersama #GengSubuhMacamJumaat yang dianjurkan EAIC mampu memupuk sikap integriti dan amanah.

Akaun Facebook EAIC digodam
Akaun Facebook rasmi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) digodam hari ini dan tidak dapat diakses oleh semua pentadbir akaun.

EAIC tidak lagi terima aduan berhubung PDRM, pegawai bermula esok
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak lagi akan menerima aduan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pegawainya bermula esok (1 Julai).

Penjawat awam digesa mudahkan urusan tanpa abai integriti - EAIC
Mohd Sidek juga menggesa penjawat awam untuk sentiasa peka dan memahami kehendak pelanggan dalam usaha memudahkan urusan.

EAIC sentiasa buat susulan setiap syor tindakan kes intergriti yang dilaporkan
EAIC sentiasa membuat langkah susulan setiap syor atau cadangan tindakan bagi setiap kes integriti yang dilaporkan kepada pihaknya terutama melibatkan agensi penguatkuasaan di bawah seliannya.

Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.

Dakwaan wujud kartel dalam PDRM tidak dapat disahkan - EAIC
Dakwaan wujud 'kartel' dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagaimana didakwa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador tidak dapat ditentusahkan.