SEPANG: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menerima 176 aduan berkaitan salah laku tahun ini dengan kebanyakan melibatkan Jabatan Imigresen (JIM), kata Pengerusinya Tan Sri Dr Ismail Bakar.
Beliau berkata daripada 176 aduan itu, antara aduan utama dikenal pasti ialah berkaitan aduan atau laporan yang tidak diambil tindakan sewajarnya hingga menyebabkan kekecewaan kepada pengadu iaitu 59 aduan, selain aduan agensi tidak mengikut prosedur operasi standard (37), salah guna kuasa (24) serta rasuah (19).
"Daripada keseluruhan 176 aduan terbabit, sebanyak 90 peratus telah diselesaikan. Tindakan diambil antaranya menjalankan siasatan penuh sama ada kes berlaku atau tidak dan meminta agensi kenal pasti (kes) dan (pegawai) diberi amaran, dibuang kerja, diturunkan pangkat serta (sekatan) kenaikan gaji," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Koordinasi EAIC Bersama Ketua Jabatan Agensi Penguatkuasaan Seliaan 2024 yang dihadiri 21 agensi seliaan di sini hari ini.
Menurut Ismail tindakan di bawah P.U. (A) 395 Perlembagaan Persekutuan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 melibatkan pembuangan kerja pegawai kerajaan yang didapati terbabit salah laku atau integriti akan diperkukuhkan pelaksanaannya dari semasa ke semasa.
Beliau berkata EAIC menekankan tindakan bersesuaian diambil bagi salah laku mengikut akta di agensi masing-masing, namun syor EAIC adalah tindakan pembuangan kerja diambil sekiranya berlaku salah laku dalam kalangan penjawat awam tanpa menunggu kes diselesaikan di mahkamah.
"Di bawah akta sedia ada (P.U. (A) 395) membenarkan perkara itu (pembuangan kerja) dilaksanakan tetapi ada prosesnya. Sebelum ini ada kes pegawai kerajaan dihentikan kerja tanpa melalui proses mahkamah," katanya.
Ismail berkata pelbagai langkah diambil bagi meningkatkan keberkesanan dalam perkhidmatan awam antaranya pembuangan kerja selain saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tiada kenaikan pangkat bagi ketua jabatan yang tidak melaporkan kecurangan berlaku dalam agensi masing-masing.
Ditanya sama ada penguatkuasaan gagal membendung ketirisan, Ismail berkata penambahan bilangan anggota penguat kuasa tidak memadai sekiranya tanpa bantuan peralatan canggih seperti alat pengesan di pelabuhan dan pintu masuk negara.
Beliau berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menambah alat pengesan dan memperkukuh penggunaan alatan di pintu masuk untuk mencegah salah guna kuasa dalam kalangan anggota.
Mengenai penahanan kira-kira 40 pegawai penguat kuasa khususnya Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ismail berkata EAIC akan mencadangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tindakan pembuangan kerja terhadap pegawai terlibat, namun perlu menunggu siasatan SPRM serta penasihat undang-undang EAIC.
Ismail berkata mesyuarat hari ini turut membincangkan tentang program pengukuhan integriti di 21 agensi seliaan EAIC, selain menyeru agar 100 agensi lain di bawah kementerian dapat dimasukkan dalam seliaan EAIC sebagai usaha memastikan tiada kompromi dalam isu integriti.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024

Ismail bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi EAIC bersama ketua jabatan agensi penguatkuasaan seliaan 2024, hari ini. - Foto Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

AADK tidak kompromi petugas terlibat pelanggaran integriti
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) terhadap petugasnya.

Hentikan amalan beri 'ufti' dalam perkhidmatan awam
Pemberian hadiah, keraian atau tajaan dalam program di perkhidmatan awam dikhuatiri membuka ruang kepada tabiat memberi dan menerima rasuah.

EAIC terima 176 aduan salah laku tahun ini, kebanyakan babit Jabatan Imigresen
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menerima 176 aduan berkaitan salah laku tahun ini dengan kebanyakan libatkan Jabatan Imigresen.

Program #GengSubuhMacamJumaat EAIC kukuhkan integriti penguat kuasa - Mohd Na'im
Program Ihya' dan Erat Ramadan Bersama #GengSubuhMacamJumaat yang dianjurkan EAIC mampu memupuk sikap integriti dan amanah.

Akaun Facebook EAIC digodam
Akaun Facebook rasmi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) digodam hari ini dan tidak dapat diakses oleh semua pentadbir akaun.

EAIC tidak lagi terima aduan berhubung PDRM, pegawai bermula esok
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak lagi akan menerima aduan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pegawainya bermula esok (1 Julai).

Penjawat awam digesa mudahkan urusan tanpa abai integriti - EAIC
Mohd Sidek juga menggesa penjawat awam untuk sentiasa peka dan memahami kehendak pelanggan dalam usaha memudahkan urusan.

EAIC sentiasa buat susulan setiap syor tindakan kes intergriti yang dilaporkan
EAIC sentiasa membuat langkah susulan setiap syor atau cadangan tindakan bagi setiap kes integriti yang dilaporkan kepada pihaknya terutama melibatkan agensi penguatkuasaan di bawah seliannya.

Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.

Dakwaan wujud kartel dalam PDRM tidak dapat disahkan - EAIC
Dakwaan wujud 'kartel' dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagaimana didakwa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador tidak dapat ditentusahkan.