KUCHING: Seorang penjawat awam lelaki di Miri, bahagian utara Sarawak, kerugian RM12,000 akibat terperdaya dengan sindiket Love Scam selepas berkenalan dengan seorang wanita menerusi laman sosial Instagram.
Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata berdasarkan laporan kelmarin, mangsa berusia lingkungan 20-an telah berkenalan dangan seorang wanita melalui aplikasi Instagram dan seterusnya berhubung melalui WhatsApp.
"Mangsa telah diperdaya oleh suspek dengan alasan boleh mendapatkan bantuan pinjaman wang.
"Mangsa kemudian hanya menyedari dirinya telah ditipu selepas suspek berterusan meminjam wang mangsa sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM12,000," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Alexson berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, sebatan dan juga denda jika disabitkan kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024

Mangsa berusia lingkungan 20-an telah berkenalan dangan seorang wanita melalui aplikasi Instagram dan seterusnya berhubung melalui WhatsApp.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Akauntan turut jadi mangsa skim pelaburan tidak wujud, rugi lebih RM60,000
Polis mengesahkan seorang akauntan kerugian RM65,520 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud di aplikasi Telegram.

Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.

Peniaga wanita rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita berusia 32 tahun itu telah melayari sebuah laman sesawang yang menawarkan pekerjaan sambilan dengan tawaran komisen tinggi.

Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.

Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.

Guru rugi lebih RM80,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita itu mulanya berminat dengan satu tawaran pelaburan digital ketika melayari Facebook 8 September lepas.

Sentiasa semak ketulenan akaun, kandungan media sosial - Fahmi
Rakyat diminta untuk sentiasa berwaspada dengan hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Warga emas rugi RM80,000 diperdaya pekerja syarikat kurier
Suspek mengarahkan mangsa untuk memberikan maklumat berkaitan jumlah wang simpanan yang kononnya bagi tujuan rujukan pihak Bank Negara.

Pesara swasta rugi lebih RM163,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa telah menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali, yang kemudian memerangkapnya dalam satu skim pelaburan.

Rakyat Malaysia rugi AS$12.8 bilion setahun akibat penipuan, atau 3 peratus KDNK negara
Laporan State of Scam 2024 mendedahkan 70 peratus mangsa penipuan tidak melaporkan kes mereka kepada pihak berkuasa.