SEREMBAN: Bagi membantu mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan banduan di negara ini, Penjara Seremban menjadi perintis kepada Program Literasi 3M (Membaca, Menulis dan Mengeja) selama 20 hari sejak 7 Mac lepas.
Pengarah Penjara Negeri Sembilan Penolong Kanan Komisioner (PKK) Abd Rahman Taib berkata program dengan kerjasama syarikat perusahaan sosial iSina Edutech Sdn Bhd itu turut bertujuan membantu golongan itu daripada ketinggalan dalam masyarakat dan meninggalkan dunia jenayah.
"Mereka juga diharap dapat mengecapi kehidupan yang lebih berilmu pada masa hadapan melalui modul pembelajaran yang disediakan.
"Usaha ini dilakukan supaya semua 113 banduan terpilih yang berada di sini mendapat peluang pekerjaan yang baik serta menyesuaikan diri dalam masyarakat apabila dibebaskan nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program berkenaan di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata mereka yang berpotensi pada sesi pertama dilatih sebagai tenaga pengajar untuk menjadi pembimbing rakan sebaya yang akan mengajar banduan lain.
"Program ini juga telah pun dinilai dengan peratusan banduan berjaya menguasai 3M seramai 105 orang, manakala lapan lagi tidak berjaya disebabkan faktor tertentu namun mereka akan terus dibimbing oleh rakan yang telah berjaya," katanya.
Dalam pada itu, banduan terlibat yang dikenali sebagai Fuad, 28, berkata dia bersekolah sehingga darjah enam sahaja dan pada ketika itu dia masih tidak mampu membaca.
"Saya masuk penjara sejak umur 18 tahun dan baru setahun ditempatkan di Penjara Seremban. Di sini saya diberi peluang menyertai Program Literasi Membaca 3M dan syukur dalam tempoh 20 hari saya sudah boleh membaca dengan lancar," katanya.
Selain itu, Mohd, 56, pula berkata dia mengakui tidak boleh membaca langsung sebelum ini dan kemahiran 3M yang diperoleh melalui program tersebut adalah antara kejayaan terbesar dalam hidupnya.
"Saya berasa lega malah gembira apabila diberi peluang untuk belajar seperti ini, sekali gus memberi manfaat kepada saya selepas keluar daripada penjara kelak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022

Program itu bertujuan membantu golongan itu daripada ketinggalan dalam masyarakat dan meninggalkan dunia jenayah. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PKPD Penjara Seremban dilanjut, PKPD Kg Sabah Baru ditamatkan - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, Negeri Sembilan selama 14 hari lagi.