Umat Islam termasuk rakyat asing yang menetap di negeri Kedah yang sengaja ponteng solat Jumaat tiga kali berturut-turut bakal berdepan hukuman penjara dan dikenakan denda berkuatkuasa 1 Jun depan.
Umat Islam yang didapati ponteng solat Jumaat selama tiga kali berturut-turut akan dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga enam bulan dan denda RM1,000.
Notis seperti saman akan dikeluarkan kepada mereka yang didapati bersalah sebelum tangkapan dilakukan.
Ia susulan pelaksanaan Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat.
Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Islam Kedah, Syeikh Ahmad Fisol Omar, tarikh sebenar penguatkuasaan Seksyen ini adalah pada 1 Februari lepas.
Bagaimanapun, Ahmad Fisol menjelaskan pihaknya akan menguatkuasakan sepenuhnya pelaksanaan seksyen berkenaan bermula 1 Jun depan.
Sebagai persediaan melaksanakan undang-undang baharu itu, pihak Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) telah turun ke setiap daerah di negeri itu bagi memberi penerangan kepada wakil-wakil masjid di kesemua 568 buah pusat institusi itu berhubung pelaksanaannya.
“Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah telah selesai mengadakan ‘road show’ ke 12 daerah dalam negeri Kedah, dari Langkawi hingga ke daerah Bandar Baharu, dengan tujuan menerangkan secara terperinci peruntukan undang-undang ini kepada pihak-pihak yang boleh membantu kita dalam menguatkuasakan undang undang ini,” katanya.
Selain itu, pihaknya juga telah membuat penghebahan melalui pengedaran poster di beberapa kawasan umum termasuk pekarangan masjid, surau dan juga premis kerajaan, katanya.
Katanya lagi, langkah itu diambil supaya orang awam tidak memberi alasan kononnya tidak mengetahui tentang pelaksanaan undang-undang itu di kemudian hari.
“Tindakan kita dan juga Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah telah mengeluarkan pekeliling kepada semua masjid dalam negeri Kedah untuk memaklumkan perkara ini.
“Kita telah mengedarkan poster untuk ditampalkan di papan notis masjid, surau dan juga premis-premis kerajaan,” kata Ahmad Fisol.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media berhubung pelaksanaan solat Jumaat di Pejabat Agama Islam Negeri Kedah, siang tadi.
Turut hadir ialah Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa dan Syariah Negeri Kedah, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud.
Astro Awani
Mon May 11 2015
Syeikh Ahmad Fisol Omar: Umat Islam yang didapati ponteng solat Jumaat selama tiga kali berturut-turut di Kedah bakal dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga enam bulan dan denda RM1,000.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Pengasuh didenda RM8,000, campur ubat selesema dalam susu bayi 18 hari
Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Hew Foong Chun, 66, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sembilan bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah denda bekas penjaga gol Arsenal
Lehmann dituduh pendakwa raya menggergaji rasuk bumbung di garaj, pada Julai 2022.
Tiga kelab Liga Super alami isu tunggakan gaji didenda RM15,000
Denda itu berikutan MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian berhubung tunggakan gaji.
Agensi privasi Belanda denda Uber AS$324 juta pindah data peribadi pemandu ke AS
Uber telah memindahkan data peribadi pemandu teksi Eropah ke AS dan gagal melindungi data dengan sewajarnya.
Mahkamah denda penyanyi pop Jerman kerana buat tabik Hitler
Muller didapati bersalah oleh mahkamah di bandar Leipzig, kerana menggunakan simbol organisasi yang tidak berperlembagaan dan pengganas.
Rasuah pegawai DBKL: Enam termasuk seorang warga asing didenda
Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
EURO 2024: Sepanyol sedia bayar denda turunkan Lamine Yamal
SEPANYOL mungkin berdepan risiko melanggar undang-undang Jerman jika menurunkan ayam tambatan, Lamine Yamal dalam kesebelasan utama pada final Euro 2024 menentang England pada Isnin.
Pemuzik jalanan ajar isteri tentang Millah Abraham dihukum penjara sebulan, denda RM2,000
Norasid mengaku mengajar isterinya ajaran sesat berkaitan Millah Abraham di Felda Palong 3, Gemas, tahun lepas.
EURO 2024: England lega UEFA hanya denda Jude Bellingham
Ketua jurulatih England, Gareth Southgate, berpuas hati dengan keputusan UEFA yang tidak menggantung Jude Bellingham.
MFL batal dua hukuman terhadap Selangor FC
Begitupun, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan.