KUALA LUMPUR: Seramai 238 warga tempatan menjadi mangsa sindiket penipuan bekerja di luar negara termasuk 168 orang yang masih terkandas di luar negara, kata Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.
Beliau berkata sebanyak 182 laporan berkaitan kes itu diterima PDRM sejak 2021 dan seramai 70 individu telah berjaya diselamatkan.
Katanya hasil soal siasat mendapati mangsa diperdaya menerusi iklan peluang kerjaya di Facebook sebagai pegawai khidmat pelanggan di luar negara dengan bayaran yang lumayan.
"Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu akan menghubungi ejen melalui aplikasi WeChat, WhatsApp dan Messenger. Setelah mendapat persetujuan mangsa, ejen memaklumkan akan mengurus dan menanggung kos perbelanjaan perjalanan ke destinasi pekerjaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noorsiah berkata setelah tiba di destinasi, semua dokumen perjalanan dan telefon mangsa akan dirampas dan dimusnahkan.
Beliau berkata mereka seterusnya dikurung dan dikawal ketat serta akhirnya dipaksa bekerja untuk sindiket perjudian online, scammer, pelaburan, love scam dan lain-lain penipuan.
"PDRM kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri, Aseanapol (Polis Negara ASEAN), Interpol (Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa) bagi mengesan dan membawa pulang mangsa yang masih terkandas.
"Ahli keluarga atau kenalan mangsa yang mempunyai sebarang maklumat dinasihatkan membuat laporan polis sekiranya belum berbuat demikian dan jangan berurusan terus dengan pihak sindiket atau orang yang tidak dikenali," katanya.
Sementara itu, Noorsiah berkata menerusi Op Pintas 'Daya' pada 3 Ogos lepas, enam individu termasuk dua wanita warga tempatan telah ditahan kerana disyaki terlibat kegiatan sindiket sama.
"Kesemua yang ditahan berumur lingkungan 33 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 12 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
"Turut dirampas adalah telefon bimbit, komputer riba, modem, penghala, pemacu pena dan wang tunai," katanya.
Beliau berkata operasi tersebut dijalankan dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Pasukan Petugas Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) serta Kementerian Dalam Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022

Sebanyak 182 laporan berkaitan kes itu diterima PDRM sejak 2021 dan seramai 70 individu telah berjaya diselamatkan.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Polis tahan tujuh lelaki Pakistan, selamatkan 4 mangsa pemerdagangan orang
Polis menahan tujuh lelaki warga Pakistan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan orang, di sebuah apartmen di Taman Pandan Perdana, Ampang, di sini, Isnin lepas.

Ibu rayu PM, kerajaan selamatkan anak di Myanmar
Anak lelaki Haniza telah menghubunginya dan meminta supaya membantu membawa pulang ke tanah air bersama lima lagi mangsa.

Kes dera terpencil, tidak jejas kerjasama Malaysia-Kemboja - Saravanan
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, ia juga akan diselesaikan secara berhemah.

Penipuan kerja di luar negara, 168 rakyat Malaysia terkandas
Sebanyak 182 laporan berkaitan kes itu diterima PDRM sejak 2021 dan seramai 70 individu telah berjaya diselamatkan.