KUALA LUMPUR: Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dengan kerjasama industri telekomunikasi, membantu mengesan nombor telefon yang didapati atau disyaki terbabit dengan kes penipuan dalam talian.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran berkata, setakat Januari tahun ini, 131 nombor talian ditamatkan kerana terlibat dengan aktiviti penipuan manakala 93 nombor meragukan disekat.
"Nombor akaun dan telefon terbabit itu juga akan direkodkan di dalam sistem Semak Mule PDRM sebagai rujukan dan panduan bagi membolehkan orang awam membuatkan semakan sebelum meneruskan transaksi kewangan," katanya.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini menjawab soalan Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah kerugian akibat jenayah scammer dari tahun 2020 - 2023.
Siti Mastura juga bertanya tindakan pihak kerajaan dalam membanteras aktiviti scammer secara menyeluruh.
Kulasegaran berkata, kerajaan kini dalam proses merangka akta baru yang merangkumi peruntukan berhubung tatacara penguatkuasaan 'kill switch' untuk meningkatkan keselamatan digital.
Ini selaras dengan keperluan semasa serta perkembangan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan kes jenayah siber yang semakin meningkat.
Selain itu, beliau memaklumkan, 107,716 kes jenayah scammer direkodkan antara 2020 dan 2023 dengan nilai kerugian keseluruhan RM3.2 bilion.
Beliau menegaskan, kerajaan tidak memandang rendah isu penipuan dalam talian dan tindakan menyeluruh terus diambil dari semasa ke semasa.
Faida Rahim
Mon Mar 04 2024

Kulasegaran berkata, kerajaan kini dalam proses merangka akta baru yang merangkumi peruntukan berhubung tatacara penguatkuasaan 'kill switch' untuk meningkatkan keselamatan digital. - Gambar hiasan

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

YouTube perketat dasar berkaitan kandungan perjudian dalam talian
YouTube mengumumkan dasar yang dikemas kini berkaitan dengan perjudian dalam taliansebagai usaha untuk melindungi penonton daripada kandungan yang berpotensi bahaya.

Istana Pahang nafi kewujudan akaun TikTok Tengku Afzan tawar 'Bantuan Ramadan'
Istana Pahang menafikan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan nama anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang menawarkan 'Bantuan Ramadan'.

MCMC giat perluas pendidikan, kempen kesedaran keselamatan dalam talian
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperluas modul latihan keselamatan dalam talian ke seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkara berkenaan.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.

Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb
Airbnb memberi amaran bahawa golongan muda lebih berisiko terdedah kepada penipuan di media sosial.

Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.

Seorang rakyat Malaysia antara 61 mangsa penipuan dalam talian diselamatkan di Myanmar
Kedutaan Malaysia di Bangkok telah mengesahkan identiti warganegara Malaysia itu dengan pihak berkuasa Thailand.

Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai
Pautan yang dihantar dalam percubaan smishing lazimnya adalah untuk mendapatkan pengesahan identiti mangsa.